Rattanachot, Opat (2014) Tapak warisan Lembah Bujang: Kedah berusaha dapatkan pengikhtirafan antarabangsa. Utusan Online. (In Press)

Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
SUNGAI PETANI 25 Nov. - Menteri Besarnya, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr. Mahathir berkata, langkah berkenaan termasuklah mendapatkan pengikrafan daripada badan antarabangsa bagi memperakui bahawa kawasan Lembah Bujang atau Kedah tua merupakan pusat peradaban yang amat gemilang suatu ketika dahulu. Kita menyedari bahawa di sekitar Lembah Bujang inilah segalanya bermula. Tamadun ini dikatakan bermula lebih 2,500 tahun dahulu dan dikenali sebagai Kataha, Kadaram, Sai, Kalah Bar, Cheh-cha dan Langkasuka. “Kawasan ini cukup bersejarah, bukan sahaja sebagai sebuah penempatan tetapi sebagai pusat pentadbiran kerajaan silam yang begitu agung malah menjadi tumpuan pedagang serta cerdik pandai dari dalam Dunia Melayu Nusantara serta rantau Arab, India dan China. Pakar-pakar sejarah percaya ia jauh lebih agung dari Angkor Wat di Tanah Champa dan Borobudur di Tanah Jawa. Warisan sejarah ini adalah khazanah negeri yang tidak ternilai,” katanya.
Metadata
Sumber Maklumat: | Utusan Online:http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/kedah/tapak-warisan-lembah-bujang-1.29114 |
---|---|
Taksonomi: | Asal Usul Melayu : Sumber Genetik > Sejarah |
Bidang: | Warisan Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 05 Sep 2016 07:47 |
Kata Kunci: | Tapak warisan; Lembah Bujang; Kedah |