Harun, Yaacob (2004) Perkembangan teknologi & perubahan nilai kekeluargaan Melayu / Yaacob Harun. In: Persidangan Antarabangsa Peradaban Melayu II, 26-28 Feb 2004. (Submitted)
Harun, Yaacob (2004) Perkembangan teknologi & perubahan nilai kekeluargaan Melayu / Yaacob Harun. In: Persidangan Antarabangsa Peradaban Melayu II, 26-28 Feb 2004. (Submitted)
Harun, Yaacob (2004) Perkembangan teknologi & perubahan nilai kekeluargaan Melayu / Yaacob Harun. In: Persidangan Antarabangsa Peradaban Melayu II, 26-28 Feb 2004. (Submitted)
Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Intipati perbincangan dalam kertas kerja ini berkisar pada sejauhmana nilai-nilai kekeluargaan Melayu mengalami perubahan akibat perkembangan teknologi. Adakah nilai-nilai utama dalam masyarakat Melayu, khususnya nilai-nilai kekeluargaan akur kepada kehendak dan perubahan teknologi, atau sebaliknya adakah nilai-nilai itu dapat bertahan walaupun masyarakat Melayu kini berdepan dengan arus perubahan teknologi yang pesat. TEKNOLOGI DAN BUDAYA: ASAS TEORI Mengikut pendokong teori “technological determinism” seperti Leslie White, Marx, McLuhan, Ogbum, dan lain-lain, perubahan teknologi mengakibatkan perubahan pada masyarakat dan budaya 1 Dalam masyarakat di mana tahap perkembangannya teknologinya tinggi seperti masyarakat peridustrian, maka tahap - keniajuan masyarakat dan budaya dalam masyarakat tersebut juga tinggi, begitu juga sebaliknya. Mengikut teori ini, struktur dan organisasi masyarakat, termasuk falsafah, pengetahuan, dan nilai sentiasa akur kepada perubahan teknologi, malah tunduk kepada kehendak dan perubahan teknologi, Seperti kata Ron Westrum (1991), “ the very structure of our society is related to the kind o f technologies that we have”. Sebagai contoh, falsafah dan nilai kerjasama seperti terdapat dalam masyarakat pertanian (di mana tingkat teknologinya rendah), tidak lagi dapat dipertahankan dalam masyarakat perindustrian moden (yang berasaskan kemajuan teknologi). Dalam masyarakat teknologi (technological society), falsafah dan nilainilai individualistis menjadi kelaziman. Apabila teknologi menjadi penentu kepada sistem budaya, maka wujud apa yang dikatakan budaya-tekno (techno-culture). Masyarakat yang dilanda oleh budaya telcno dikatakan masyarakat yang non-normatif, maksudnya, masyarakat yang tidak berlandaslcan kepada sistem norma (normless society). Struktur masyarakat seperti ini adalah sesuatu yang cair (fluid social structure) yang berubah mengikut perubahan komponen utama, iaitu komponen teknologikal, dalam masyarakat tersebut.
Metadata
Sumber Maklumat: | UPSI Digital Repository |
---|---|
Taksonomi: | Adat dan Budaya Melayu > Nilai-nilai Sosial Ketamadunan Melayu > Teknologi dan Pertanian |
Bidang: | Pendidikan Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 27 Oct 2016 15:13 |