Abd. Rahman, Ismail (2009) Manuskrip kesusasteraan tradisional melayu sekitar tahun 1600m- telaah sistem tulisan jawi dan analisis pemikiran melayu nusantara / Ismail Abd Rahman. Masters thesis, Universiti Perguruan Sultan Idris.
Abd. Rahman, Ismail (2009) Manuskrip kesusasteraan tradisional melayu sekitar tahun 1600m- telaah sistem tulisan jawi dan analisis pemikiran melayu nusantara / Ismail Abd Rahman. Masters thesis, Universiti Perguruan Sultan Idris.
Abd. Rahman, Ismail (2009) Manuskrip kesusasteraan tradisional melayu sekitar tahun 1600m- telaah sistem tulisan jawi dan analisis pemikiran melayu nusantara / Ismail Abd Rahman. Masters thesis, Universiti Perguruan Sultan Idris.
Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Kajian ini meneliti “Manuskrip kesusasteraan tradisional Melayu sekitar 1600 Masihi: Telaah sistem ejaan dan pemikiran Melayu Nusantara.” Kajian ini menggunakan pendekatan Teori Takmilah yang diperkenalkan oleh Dr. Shafie Abu Bakar yang menekankan aspek “kesempurnaan” sesebuah karya berkeupayaan pula “menyempurnakan” khalayak sastera ke arah pembentukan insan Kamil. Kajian ini mendapati: tradisi tulisan, sistem ejaan dan tulisan Arab, sebaik sahaja terangkat sebagai bahasa Al-Qur’ān, bahasa Wahyu yang kemudiannya membentuk lingua franca, berfungsi sebagai medium utama gerakan penyebaran Islam di seluruh dunia dianggap begitu “sempurna” sehingga kemudiannya “menyempurnakan” sistem ejaan dan tulisan Jawi; “menyempurnakan” fungsi dan peranan bahasa Melayu sebagai lingua franca, membangunkan tradisi penulisan dan persuratan, sekali gus menjana pertumbuhan dan perkembangan kesusasteraan tradisional Melayu. Kajian ini juga mendapati sejak awal lagi sistem ejaan dan tulisan Jawi telah berkembang melalui proses penyerapan, adaptasi, asimilasi dan akomodasi, mengubahsuai kaedah pemvokalan perkataan Jawi hingga akhirnya membentuk sistem ejaan dan tulisan Jawi sejak mula dulu hingga kini. Paling penting, sistem ejaan dan tulisan Jawi yang dianggap “sempurna” itu turut “menyempurnakan” teks kesusasteraan tradisional Melayu; “menyempurnakan” pemikiran dan tradisi pemikiran, memperbaharui dan memperkukuh akidah, syariat, tasawur dan akhlak sehingga Islam begitu mudah diterima dan bertapak di Alam Melayu. Kajian ini juga mendapati, meskipun terdapat petunjuk wujud pengaruh Syiah, namun pengaruhnya tidak begitu membekas, merombak pemikiran dan tradisi pemikiran aliran Sunni dalam kalangan masyarakat di Alam Melayu. Sunggguhpun gerakan dakwah penyebaran Islam tersebar meluas dalam kalangan masyarakat di Alam Melayu, namun dalam keadaan tertentu, ajaran terdahulu, terutamanya yang berkaitan dengan adat terus kekal diamalkan dalam kalangan masyarakat di Alam Melayu. Pun demikian, keadaan ini sudah memadai untuk merombak, mempengaruhi dan mendominasi amalan dan perlakuan dalam kalangan masyarakat sehingga kemudiannya begitu berjaya akhirnya menentukan, mempengaruhi, membina tamadun dan peradaban di Alam Melayu.
Metadata
Sumber Maklumat: | UPSI Digital Repository |
---|---|
Taksonomi: | Islam dan Keintelektualan Melayu > Pemikiran > Klasik |
Bidang: | Islam dan Keintelektualan Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 27 Oct 2016 13:38 |