Abdullah, Wahyu Hidayat and Mohd Zarif, Muhammad Mustaqim and Hussien, Sofian Sauri (2014) Pengaruh muhammad Haqqi al-nazilli (M.1884) terhadap amalan keagamaan masyarakat melayu / Abdullah, Wahyu Hidayat and Mohd Zarif, Muhammad Mustaqim and Hussien, Sofian Sauri. Pengaruh muhammad Haqqi al-nazilli (M.1884) terhadap amalan keagamaan masyarakat melayu, 4.

Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Muhammad Haqqi al-Nazilli (m. 1884) merupakan salah seorang tokoh ulama Islam yang penting pada abad kesembilan belas. Walaupun berasal dari Turki, beliau telah menghabiskan kebanyakan usia dan kerjayanya sebagai seorang ilmuwan yang berdomisil di Mekah dan terkenal sebagai pakar dalam bidang ilmu hadis dan tasawuf. Selain aktif mengajar, beliau turut menghasilkan sejumlah karya keagamaan yang penting dalam bahasa Arab. Secara khasnya, adikarya beliau bertajuk Khazinah al-Asrar Jalilah al-Adhkar memainkan peranan yang penting terutama sekali dalam kalangan pelajarnya yang berasal dari Alam Melayu. Ia merupakan karya berasaskan hadis Nabi SAW mengenai kelebihan dan fadilat ayatayat al-Quran dan ibadat-ibadat lain. Walau bagaimanapun, tidak banyak yang diketahui mengenai tokoh ini dan karyanya. Justeru, makalah ini bertujuan untuk membincangkan mengenainya dengan lebih mendalam. Selain membincangkan aspek biografi dan hasil karya Muhammad Haqqi dari perspektif sejarah, kertas ini terfokus untuk menganalisis metodenya dalam penilaian dan penerimaan hadis berdasarkan karyanya Khazinah alAsrar dan pengaruhnya terhadap sesetengah amalan keagamaan masyarakat Melayu. Dapatan kajian mengetengahkan sikapnya yang mengharmonikan pandangan ulama hadis dan tasawuf dalam aspek penerimaan hadis yang memberikan kesannya terhadap amalan keagamaan masyarakat Islam, terutamanya di Alam Melayu.
Metadata
Sumber Maklumat: | UPSI Institutional Repository |
---|---|
Taksonomi: | Adat dan Budaya Melayu > Pemikiran Melayu |
Bidang: | Adat dan Budaya Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 27 Oct 2016 09:12 |
Kata Kunci: | Muhammad Haqqi al-Nazilli; Hadis; Keagamaan; Amalan; Melayu |