Awang, Mohd Mahzan and Abdul Rahman, Noor Azam and Mohd Amin, Noraziah and Ahmad, Abdul Razaq (2015) Mesej perpaduan dalam buku teks Bahasa Malaysia tingkatan 4 dan 5 : analisis terhadap peribahasa Melayu / Mohd Mahzan Awang, Noor Azam Abdul Rahman, Noraziah Mohd Amin dan Abdul Razaq Ahmad. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 5 (1). pp. 44-52. ISSN 2180-4842

Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Artikel ini membincangkan tema-tema yang berkaitan perpaduan dalam peribahasa Melayu yang terkandung dalam buku teks tingkatan 4 dan 5. Peribahasa Melayu dianalisis menggunakan teknik bertema yang melibatkan tiga tahap. Pada tahap pertama melibatkan penyenaraian peribahasa yang terkandung dalam kedua-dua buku teks. Pada tahap kedua, pentafsiran makna peribahasa. Akhirnya, pengekodan tema dikenal pasti. Pentafsiran makna dan pengekodan ini dilakukan oleh tiga orang ahli akademik. Ia dilakukan secara bersama dalam mencapai persetujuan bersama tentang maksud dan kesesuaian tema bagi kesemua peribahasa Melayu yang dianalisis. Dapatan kajian menunjukkan terdapat empat tema utama iaitu adaptasi sosial, muafakat, jati diri, dan tanggungjawab. Kesemua peribahasa Melayu yang dianalisis memberi penekanan kepada kebersamaan dalam masyarakat termasuklah kepentingan keharmonian kehidupan. Hal ini bererti, pembelajaran peribahasa Melayu bukan sahaja mendidik pelajar tentang ketinggian pemikiran tamadun Melayu malah menjadi bahan pengajaran dan pembelajaran yang penting bagi memupuk perpaduan kaum. Oleh kerana jumlah peribahasa berkaitan perpaduan dalam buku teks Bahasa Malaysia tingkatan 4 dan 5 adalah sedikit, maka dicadangkan agar dibuat penambahan peribahasa dalam buku teks baru pada masa depan. Penggunaan kamus peribahasa Melayu digital pertama juga perlu diberi penekanan dalam penggubalan buku teks baru Kementerian Pendidikan Malaysia.
Metadata
Sumber Maklumat: | UKM Journal Article Repository |
---|---|
Taksonomi: | Pendidikan Melayu > Bahasa Warisan Melayu > Kesusasteraan > Puisi |
Bidang: | Pendidikan Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 27 Oct 2016 09:02 |
Kata Kunci: | peribahasa Melayu, perpaduan, Bahasa Malaysia |