Zulkifli, Wan and Yusof, Nasruddin and Umar, Azizi and Muslim, Nazri and Alias, Jamsari (2014) Peranan fatwa sebagai medium penyebaran maklumat dalam menangani permasalahan agama masyarakat Islam di Terengganu / Wan Zulkifli, Nasruddin Yunos, Azizi Umar, Nazri Muslim dan Jamsari Alias. Peranan fatwa sebagai medium penyebaran maklumat dalam menangani permasalahan agama masyarakat Islam di Terengganu.

Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Maklumat dan cara penyalurannya penting dalam mempengaruhi kehendak sesuatu organisasi atau masyarakat. Institusi fatwa perlu memainkan peranan selaku penyebar maklumat yang berkesan bagi memastikan kelangsungan perkembangan pengetahuan masyarakat dapat direalisasikan dengan sempurna. Ini kerana institusi fatwa merupakan salah satu medium terpenting dalam kehidupan masyarakat agar segala tindakan mereka tidak tersasar dari ajaran Islam sebenar. Masyarakat sering berhadapan dengan suasana berubah dari sudut sosial, politik dan ekonomi. Antara sebab belaku demikian adalah terdapat sebahagian isu yang tidak pernah wujud di zaman sebelum ini. Menyedari situasi ini, perbincangan mengenainya wajar ditangani oleh mereka yang mempunyai kelayakan dalam bidang berkenaan. Namun bagaimanakah peranan yang dimainkan oleh fatwa dalam menyebarkan maklumat dalam menangani permasalahan masyarakat Islam di Malaysia khususnya di Terengganu diamalkan. Adakah ada prosedur tertentu dalam penyediaan, pengeluaran dan penyebaran sesuatu fatwa dalam menyebarkan maklumat tersebut. Justeru artikel ini akan melihat dengan lebih dekat berhubung sejauhmana peranan fatwa sebagai penyebar maklumat dalam menangani permasalahan masyarakat Islam di Terengganu. Kaedah utama yang digunakan dalam artikel ini adalah dengan melalui kajian lapangan dan analisis bahan-bahan penulisan terdahulu. Maklumat yang diperolehi diolah dan dianalisis secara kualitatif. Kajian mendapati fatwa dianggap sebagai medium yang sangat penting dalam penyebaran makulumat dalam menangani su-isu berkaitan permasalahan agama masyarakat Islam di Terengganu.
Metadata
Sumber Maklumat: | UKM Institutional Repository |
---|---|
Taksonomi: | Pendidikan Melayu > Cabaran Islam dan Keintelektualan Melayu > Pemikiran > Moden |
Bidang: | Sistem Undang-Undang Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 27 Oct 2016 09:01 |