Taslim, Noriah (2015) Hikayat nakhoda muda: biografi Melayu abad ke-18 / Noriah Taslim. International Journal of the Malay World and Civilisation (Iman), 3 (3). pp. 59-68. ISSN 2289-4268

Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Esei ini akan memberi tumpuan kepada sebuah karya biografi Melayu yang terawal, Hikayat Nakhoda Muda yang ditulis oleh seorang Melayu Minangkabau di Bangkahulu sekitar tahun 1766 di atas permintaan Tuan Butter Hunnings, Residen Inggeris di Bangkahulu. Abad ke- 18 (malah abad ke-17 – ke-19), adalah abad yang sering di juluk sebagai abad transisi (tradisional-Moden) dalam persejarahan sosiobudaya dan politik Melayu. Periode tersebut diasosiasikan dengan kehadiran dan penjajahan Eropah di dunia Melayu. Dalam bidang kesusasteraan khususnya, period ini menyaksikan berlakunya peralihan dari sudut penaungan, pengkaryaan dan genre sastera Melayu. Genre Biografi dan karya Hikayat Nakhoda Muda, ialah contoh produk yang terhasil daripada pertembungan orang Melayu dengan budaya Eropah tersebut.
Metadata
Sumber Maklumat: | UKM Journal Article Repository |
---|---|
Taksonomi: | Islam dan Keintelektualan Melayu > Karya > Bahasa > Melayu Warisan Melayu > Warisan Kisah Klasik Melayu |
Bidang: | Islam dan Keintelektualan Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 27 Oct 2016 08:48 |
Kata Kunci: | Pemodenan, abad transisi, sastera transisi, naratif faktual, genre biograf |