UNSPECIFIED, ed. (2004) Busana Melayu serumpun/ penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar, Mohd. Nefi Imran. Institut Seni Malaysia Melaka, Melaka. ISBN 9789833183005
UNSPECIFIED, ed. (2004) Busana Melayu serumpun/ penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar, Mohd. Nefi Imran. Institut Seni Malaysia Melaka, Melaka. ISBN 9789833183005
UNSPECIFIED, ed. (2004) Busana Melayu serumpun/ penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar, Mohd. Nefi Imran. Institut Seni Malaysia Melaka, Melaka. ISBN 9789833183005
Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Buku ini menghimpunkan sebanyak lapan artikel mengenai busana tari dan busana perkahwinan Melayu yang ditulis oleh pengkaji dan penyelidik budaya di Malaysia dan Indonesia. Kepelbagaian etnik di Malaysia telah memvariasikan pakaian tari masyarakatnya sesuai dengan jati diri budaya setiap etnik. Prof. Dr. Siti Zainon Ismail telah memperkatakan tentang pakaian dan perhiasan sebagai unsur yang melengkapkan struktur tarian di Selangor; ditinjau dari sudut sejarah dan sosiobudaya dengan meletakkan zaman abad ke-14 hingga 19 (Kesultanan Melayu Melaka dan Kesultanan Melayu Jobor) sebagai period kajian. Selanjutnya Mohd. Nefi Imran menyeluruhkan kajian ke atas busana tarian Melayu di Festival Tari Kebangsaan Malaysia dengan pemerincian pada aksoserinya. Sementara itu, Ibnu Hajar Emha menggambarkan estetika warisan busana Pulau Bangka yang ada kaitan dengan tradisi pakaian masyarakat Melayu di zaman Kesultanan Johor. Demikian juga tradisi pakaian etnik Melayu Jambi yang banyak menerima pengaruh tradisi berpakaian di zaman Kesultanan Melayu Melaka. lni ada dijelaskan oleb budayawan Jambi, Ibu Riswani. Beliau juga turut menyenaraikan pakaian adat perkahwinan Melayu Jambi di daerah Bunga Tebo. Baju kurung Minangkabau popular di kalangan masyarakat Melayu baik di Indonesia mahupun Malaysia. Dalam tulisannya, Drs. Mohd. Nefi Imram dan Idawati Syarif menghalusi falsafah pakaian adat Minangkabau yang penuh dengan nilai estetikanya. Perbincangan mengenai tradisi pakaian masyarakat Minang dilanjutkan pula oleh Hjh. Shahlinar Udin. Mirza Indah Wati pula tampil dengan busana pengantin Palembang manakala A. Muin Ikram dengan tradisi pakaian adat Melayu Kalimantan Barat. Turut dimuatkan dalam buku ini ialab pemerian pakaian adat datuk penghulu dan bonda kandung melalui ungkapan puisi teromba dalam dialek masyarakat Sumatera Barat. Buku ini akan menjadi panduan dan rujukan pemimpin adat, pengkaji dan peminat seni budaya Melayu, pelajar di institusi pengajian tinggi serta pelajar sekolah, dan sesiapa yang berminat untuk mengenali busana tari dan perkahwinan di rumpun Melayu.
Metadata
Sumber Maklumat: | UiTM Library OPAC |
---|---|
Taksonomi: | Warisan Melayu > Busana Tradisional |
Bidang: | Warisan Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 27 Oct 2016 08:28 |
Kata Kunci: | Busana Melayu, Kostum |