Mohd Noor, Noor Farahanah and Lubis, Maimun Aqsha and Rahimi, Nik Muhammad and Ahmad Fauzi, Aisyah Humaira and Norazmi, Nurul Hanani (2014) Hedonisme : cabaran kepada pembinaan peradaban Islam dan peranan pendidikan dalam menanganinya / Noor Farahanah Mohd Noor, Maimun Aqsha Lubis, Nik Muhammad Rahimi, Aisyah Humairah Ahmad Fauzi, Nurul Hanani Norazmi. edonisme : cabaran kepada pembinaan peradaban Islam dan peranan pendidikan dalam menanganinya.

Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Asas pembinaan tamadun Islam merupakan satu topik yang acap kali dibincangkan oleh ilmuwan-ilmuwan, ahli akademik dan masyarakat. Pembangunan dan kemajuan dunia yang pesat daripada pelbagai aspek termasuklah pendidikan, agama, sosial dan politik telah menjadi cabaran kepada pembinaan tamadun atau lebih tepat lagi pembangunan semula tamadun Islam di dunia ini. Walaupun perkara ini telah lama dibincangkan dan imenjadi salah satu isu yang tidak lapuk dek hujan, tidak lekang dek panas, namun langkah yang efektif untuk menangani isu-isu ini masih belum ditemui. Cabaran dan halangan ke arah pembinaan semula peradaban Islam masih wujud malah semakin lama ia menjadi racun yang membunuh jiwa-jiwa masyarakat terutama sekali remaja yang menjadi tunjang dalam pembinaan peradaban Islam ini. Antara cabaran yang dihadapi masyarakat ialah perang ideologi-ideologi yang dilancarkan oleh musuh Islam yang merosakkan bangsa dan salah satu daripadanya ialah hedonisme. Hedonisme bukanlah satu isu yang baru. Isu ini telah banyak dikaji oleh ahli-ahli akademik untuk mendapatpatkan satu penyelesaian. Namun, pengaruh hedonisme ini semakin kuat menjalar dalam diri manusia dan seterusnya mempengaruhi seluruh kehidupan masyarakat. Isu ini juga menjadi satu cabaran yang besar terutama sekali kepada para remaja yang masih mencari identiti mereka terutama sekali identiti diri sebagai seorang muslim dan mukmin. Isu ini mestilah ditangani secara bersama-sama oleh setiap pihak dalam membanteras. Justeru, artikel ini akan memfokuskan kepada hedonisme yang menjadi salah satu cabaran yang besar dalam pembinaan semula peradaban Islam. Artikel ini juga antara lain akan melihat kepada peranan pendidikan dalam mengatasi budaya hedonisme ini seterusnya mengemukakan cadangan bagi mengatasi isu tersebut.
Metadata
Sumber Maklumat: | Universiti Kebangsaan Malaysia Institutional Repository |
---|---|
Taksonomi: | Pendidikan Melayu > Falsafah Pendidikan Pendidikan Melayu > Sejarah Pendidikan Melayu |
Bidang: | Ketamadunan Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 27 Oct 2016 08:51 |