Nasir, Abdul Halim (2005) Lembangan Sungai Dalam Peradaban Melayu / Abdul Halim Nasir. Siri Seni & Budaya Alam dan Tamadun Melayu . Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. ISBN 9789679427134
Nasir, Abdul Halim (2005) Lembangan Sungai Dalam Peradaban Melayu / Abdul Halim Nasir. Siri Seni & Budaya Alam dan Tamadun Melayu . Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. ISBN 9789679427134
Nasir, Abdul Halim (2005) Lembangan Sungai Dalam Peradaban Melayu / Abdul Halim Nasir. Siri Seni & Budaya Alam dan Tamadun Melayu . Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. ISBN 9789679427134
Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Tinggalan sejarah yang berkaitan dengan orang Melayu kebanyakannya terletak tidak jauh dari tebing sungai. Sungguhpun dapat dikesan petempatan manusia dahulu kala di gua-gua, namun kebanyakan gua ini terletak berhampiran dengan punca air, terutamanya sungai. Kubu purba dan batu hidup juga ditemui berdekatan sungai. Candi di Lembah Bujang dan ditempat lain juga terletak di lembangan sungai. Sejak abad pertama Masehi, agama Hindu-Buddha juga dikesan masuk ke Nusantara melalui lembangan sungai. Kerajaan Manjung dan Beruas tegak berdiri di sepanjang Sungai Perak. Lembah Sungai Muda, Sungai Merbok, Sungai Kedah dan Sungai Perlis pula menjadi lokasi pertumbuhan kerajaan Melayu di utara Semenanjung Tanah Melayu. Selain itu, Lembangan Sungai Selangor, Sungai Kelang, Sungai Langat, Sungai Lukut, Sungai Melaka, Sungai Perak, Sungai Johor, Sungai Batu Pahat dan Sungai Muar juga masing-masing telah menyaksikan perkembangan kerajaan kesultanan Melayu yang besar dan berpengaruh di kawasan ini. Sungai Besut, Sungai Pahang dan Sungai Kelantan menjadi tapak pembinaan kerajaan Melayu di pantai timur Tanah Melayu. Di lembangan sungai-sungai ini masih dapat dilihat tinggalan kota, istana, makam dan masjid yang menandakan kewujudan kerajaan dan tamadun masa silam. Selain itu, petempatan dan perkampungan orang Melayu juga terletak di tebing sungai bagi memudahkan urusan kehidupan seharian terutama sebagai punca minuman, sumber makanan dari sungai seperti ikan dan sebagainya, untuk mandi-manda dan amalan lain yang berkaitan dengan pemujaan, semangat dan keagamaan. Semua ini membuktikan betapa akrabnya kehidupan orang Melayu dengan sungai.
Metadata
Sumber Maklumat: | WebOpac UniSZA |
---|---|
Taksonomi: | Ketamadunan Melayu > Sejarah Ekonomi Melayu > Pembangunan Ekonomi Melayu Ekonomi Melayu > Sejarah Perkembangan Ekonomi Melayu > Sosio Ekonomi Ketamadunan Melayu > Teknologi dan Pertanian Ketamadunan Melayu > Warisan |
Bidang: | Ketamadunan Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 27 Oct 2016 08:35 |
Pautan Berkaitan: | |
Kata Kunci: | Lembah dan Aspek Ekonomi, Lembah dan Aspek Sosial, Sungai Di Malaysia, Tamadun Melayu, Sejarah Tamadun Melayu, |
Download
Filename: Lembangan Sungai.pdf