Kaswari, Sholihah and Abdul Majid, Latifah and Nazri, Mohd Arif and Sakat, Ahamad Asmadi (2016) Konsep fiqh al-Sunnah menurut al-Qardawi / Sholihah Kaswari, Latifah Abdul Majid, Mohd Arif Nazri & Ahamad Asmadi Sakat. Jurnal al-Turath, 1 (1). pp. 74-83. ISSN eISSN 0128-0899

Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Al-Qaradawi memandang sunnah Nabi tidak hanya sebagai sumber hukum, tetapi sebagai metodologi pemahaman terhadap nas-nas keagamaan. Beliau disejajarkan dengan kalangan yang berfikir rasional dalam al-Sunnah. Artikel ini menganalisis pandangan al-Qaradawi tentang fiqh al-sunnah dan metode aplikasinya dalam mengeluarkan hukum. Kajian ini berbentuk penyelidikan kualitatif dengan mengaplikasikan metode analisis dokumen yang terdiri daripada karya-karya al-Qaradawi tentang konsep fiqh al-sunnah. Kajian ini mendapati bahawa pemahaman yang utuh terhadap fiqh al-sunnah menurut al-Qaradawi dapat dicirikan melalui tiga karakteristik, iaitu menyeluruh (shumul), seimbang (mutawazin) dan memudahkan (muyassir). Ketiga-tiga karakteristik tersebut menuntut pengaplikasian metode wasatiyyah yang berasaskan maqasid alshariah. Antara teori fiqh al-sunnah yang ditawarkan oleh al-Qaradawi dalam metode al-wasatiyyah adalah klasifikasi sunnah Nabi kepada tashri’iyyah dan ghayr tashri’iyyah. Hasil kajian mendapati bahawa pandangan al-Qaradawi mengenai konsep fiqh al-sunnah adalah selari dengan pandangan-pandangan sarjana klasik usul fiqh.
Metadata
Sumber Maklumat: | Al-Turath Journal of al-Quran and al-Sunnah |
---|---|
Taksonomi: | Islam dan Keintelektualan Melayu > Pemikiran Islam dan Keintelektualan Melayu > Tokoh Ulama Islam dan Keintelektualan Melayu > Karya > Tulisan > Bidang ilmu > Ilmu Fiqh |
Bidang: | Islam dan Keintelektualan Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 27 Oct 2016 08:19 |
Kata Kunci: | al-Qaradawi, fiqh al-sunnah; metode wasatiyyah; teori sunnah; maqasid al-shariah |