Indera, Putera (1991) Sejarah Raja-Raja Perlis Tuanku Syed Husain – Raja Perlis I / Putera Indera. Jurnal Warisan Indera Kayangan, 3. ISSN 1394-2212

Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
SYED HUSAIN JAMALULLAIL IBNI AL-MAHUM SYED HARON JAMALULLAIL, menjadi raja negeri Perlis yang pertama pada 10 Muharam 1250, bersamaan 20 Mei 1834, dilantik oleh Raja Siam (Nang Klao atau Rama III) dengan sokongan dan persetujuan Raja Ligor Nakhon Si Thammarat. Ketika itu negeri Perlis masih di bawah jajahan Kedah, dinaungi kerajaan Siam. Baginda sendiri memberi gelaran negeri Perlis "Indera Kayangan". Pemerintahan baginda berdasarkan perlembagaan negeri Kedah. Baginda melantik Orangorang Besar yang kuat berusaha bersama baginda mewujudkan negeri Perlis yang memilih baginda menjadi raja, iaitu Syed Abdullah Jamalullail sebagai Raja Muda; Datuk Awang (Mohamad Yunus bin Mohamad Arsyad berasal dari Chenak, Pattani, Siam) sebagai Perdana Menteri, bergelar Datuk Belat Paduka Seri Perdana Menteri (rakyat memanggilnya Tuk Arau); Ibrahim (Alang Kecik) digelar Datuk Seri Lela Pahlawan; Lahim, digelar Datuk Seri Indera Dewa.
Metadata
Sumber Maklumat: | Repositori Digital Perpustakaan Negara Malaysia |
---|---|
Taksonomi: | Kesultanan dan Pemerintahan > Sembilan Sultan dan Raja-Raja Melayu > Perlis > Gelaran Di Raja Kesultanan dan Pemerintahan > Sembilan Sultan dan Raja-Raja Melayu > Perlis > Salasilah Raja / Sultan Kesultanan dan Pemerintahan > Institusi Kesultanan > Sejarah |
Bidang: | Kesultanan dan Pemerintahan |
Tarikh Muatnaik: | 27 Oct 2016 07:52 |
Kata Kunci: | Raja, Perlis, sejarah, keluarga, pemerintahan |