Mohamad, Sabri (2016) Pengaruh ilmu Qira’at dalam pengajian Islam / Sabri Mohamad. Jurnal al-Turath, 1 (1). pp. 1-12. ISSN eISSN 0128-0899
Mohamad, Sabri (2016) Pengaruh ilmu Qira’at dalam pengajian Islam / Sabri Mohamad. Jurnal al-Turath, 1 (1). pp. 1-12. ISSN eISSN 0128-0899
Mohamad, Sabri (2016) Pengaruh ilmu Qira’at dalam pengajian Islam / Sabri Mohamad. Jurnal al-Turath, 1 (1). pp. 1-12. ISSN eISSN 0128-0899
Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Ilmu qira’at adalah suatu ilmu yang sangat penting dan masyhur dalam pengajian Islam. Para ilmuwan dalam pelbagai disiplin ilmu Islam amat menyarankan agar ilmu qira’at perlu dikuasai sebaik mungkin kerana kedudukannya yang penting dalam senarai ilmu Islam. Bagi melestarikan dan mengekalkan kesinambungannya juga para ulama terus membicarakan, menyebarkan, menulis, mengkaji dan mempertahankannya melalui aktiviti-aktiviti penulisan dan penyebaran ilmu yang mewakili pelbagai kumpulan dan kelompok disiplin ilmu. Ulama yang berkecimpung dalam bidang ilmu ini atau mereka yang memuatkan bicara ilmu ini dalam karyakarya mereka, sentiasa berusaha untuk menyerlahkannya sebagai salah satu ilmu yang amat berperanan dan berpengaruh. Sejajar dengan kepentingan tersebut, artikel ini membicarakan pengaruh ilmu qira’at dalam beberapa ilmu pengajian Islam dengan menjadikan qira’at ‘asharah dan juga shadhdhah sebagai tunjang perbahasan. Hasil kajian menunjukkan bahawa pengaruh qira’at yang dibicarakan oleh ulama secara langsung atau tidak, didapati dalam perspektif ilmu yang berbeza iaitu tafsir, akidah, fiqh, rasm al-Quran, bahasa Arab dan i‘jaz al-Quran.
Metadata
Sumber Maklumat: | Al-Turath Journal of al-Quran and al-Sunnah |
---|---|
Taksonomi: | Islam dan Keintelektualan Melayu > Karya > Bidang Ilmu > Ilmu Qira'at Islam dan Keintelektualan Melayu > Karya > Tulisan > Bidang ilmu Islam dan Keintelektualan Melayu > Karya > Tulisan > Bidang ilmu > Ilmu_Qira'at |
Bidang: | Islam dan Keintelektualan Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 27 Oct 2016 08:00 |
Kata Kunci: | Qira’at ‘asharah, qira’at shadhdhah, tafsir, i’jaz al-Quran, rasm al-Quran |