Yussof, Ishak and Idris, Nor Aini and Abdul Talib, Basri (2006) Ekonomi Malaysia Ke arah Pascaindustri / Ishak Yussof, Nor Aini Idris dan Basri Abdul Talib. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia Press, Bangi, Selangor. ISBN 9679427331

Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Malaysia dirancang menjadi sebuah negara industri maju menjelang 2020 melalui rencana wawasan negara yang dilancarkan pada 1991. Sejak dilancarkan, ekonomi Malaysia terus berkembang dengan pesat di samping terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran getir pada peringkat tempatan dan global bagi memastikan hasrat tersebut dapat direalisasikan. Ekonomi negara pernah mencatatkan pertumbuhan yang cemerlang sehingga tersenarai sebagai the new tiers of NICs yang seterusnya memungkinkan Malaysia terkeluar dari kelompok negara membangun. Ekonomi Malaysia melalui proses transformasi yang pesat dari sebuah negara yang dulu ekonominya bergantung kepada sektor pertanian kepada sebuah negara yang berteraskan sektor industri yang berkembang maju. Barangan perkilangan kini menyumbang lebih 80.0% daripada jumlah eksport negara, dengan barangan elektrik dan komposisi industri yang terlibat, negara ini bertaraf industri maju, namun hakikatnya ekonomi Malaysia telah melalui suatu era perindustrian yang pesat. Perkembangan sektor perindustrian kini bukan setakat untuk memenuhi keperluan domestik semata-mata, tetapi lebih kepada usaha untuk menembusi pasaran global. Fenomena yang sama turut berlaku dalam sektor perkhidmatan. Cabaran terbesar yang perlu dihadapi kini ialah bagaimana cara meningkatkan keupayaan ekonomi negara dalam menghadapi era globalisasi supaya dapat terus bersaing di pasaran antarabangsa. Dalam waktu yang sama, tingkat kebajikan penduduk terus dapat dipelihara. Justeru, ekonomi Malaysia harus mampu memenuhi tuntutan globalisasi dan lebih bersedia menghadapi era pascaindustri yang lebih mencabar.
Metadata
Sumber Maklumat: | Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia Press |
---|---|
Taksonomi: | Ekonomi Melayu > Pembangunan Ekonomi Melayu |
Bidang: | Ekonomi Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 27 Oct 2016 07:47 |
Kata Kunci: | Ekonomi Melayu |
Download
Filename: ISHAK YUSSOF 2006.pdf