Haji Abdullah, Auni (2015) Pemikiran politik islam dalam sejarah persuratan alam Melayu / Auni Haji Abdullah. Penerbit Universiti Malaya, Kuala Lumpur. ISBN 9789831008270
Haji Abdullah, Auni (2015) Pemikiran politik islam dalam sejarah persuratan alam Melayu / Auni Haji Abdullah. Penerbit Universiti Malaya, Kuala Lumpur. ISBN 9789831008270
Haji Abdullah, Auni (2015) Pemikiran politik islam dalam sejarah persuratan alam Melayu / Auni Haji Abdullah. Penerbit Universiti Malaya, Kuala Lumpur. ISBN 9789831008270
Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Buku ini mengetengahkan kajian yang cuba menggali khazanah persuratan Melayu dengan memberikan fokus secara khususnya kepada buah pemikiran Islam yang berkaitan dengan politik dan pemerintahan yang pernah dihasilkan para ulama dan cendekiawan Alam Melayu. Karya seumpama ini tidak begitu terserlah selama ini kerana ‘tersembunyi’ dalam timbunan kajian dan khazanah sejarah kesusasteraan Melayu klasik. Karya ini mendedahkan kepada pembaca aspek pemikiran politik dan pemerintahan Islam dengan menghadam dan memperhalusi jejak pemikiran tujuh orang ulama dan cendekiawan Alam Melayu berpandukan karya-karya mereka. Sesungguhnya kemunculan agama Islam yang telah merombak ekologi politik Alam Melayu bukan hanya sekadar mengubah struktur dan institusi pemerintahan malahan juga mencorakkan falsafah dan pemikiran politik yang mencerna sikap, pandangan dan pegangan hidup dalam berpolitik dan bernegara. Sumbangan pemikiran tokoh ulama tersebut menjadi titik-tolak arus perubahan yang kemudiannya merombak paksi dan kiblat nilai-nilai politik dan pemerintahan. Pemikiran ketujuh-tujuh tokoh ulama ini menjurus kepada usaha menerapkan nilai-nilai ajaran Islam ke dalam amalan pemerintahan dan pentadbiran negeri seterusnya mencorakkan sistem, struktur dan institusi pemerintahan. Diharapkan kajian ini juga dapat membuka minda masyarakat pembaca yang berminat ingin menggali warisan pengurusan daripada khazanah persuratan kerana banyak aspek pemikirannya adalah idea dan persoalan yang masih relevan dengan zaman sekarang dan banyak menyangkuti aspek ilmu pengurusan moden.
Metadata
Sumber Maklumat: | Tunku Tun Aminah Library, Universiti Tun Hussien Onn |
---|---|
Taksonomi: | Warisan Melayu > Kesusasteraan |
Bidang: | Warisan Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 27 Oct 2016 07:24 |
Download
Filename: B_AUNI HAJI ABDULLAH 15.pdf