Harun, Jelani and Taslim, Noriah and Mohd. Zain, Helmey Zainee and Mohd. Rezuan, Syafawati (2011) Model Ketahanan Budaya Melayu - Suatu Kajian Kesultanan Melayu Abad ke-19 Di Singapura Dan Terengganu / Jelani Harun. Working Paper. Universiti Sains Malaysia. (Unpublished)

Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Kelangsungan hidup budaya Melayu sangat berkait rapat dengan peranan yang dimainkan oleh raja-raja Melayu masa silam. Institusi kesultanan Melayu adalah pusat kekuasaan, kewibawaan, keintelektualan dan ketamadunan hidup masyarakat Melayu. Jatuh bangun dan ketahanan budaya hidup Melayu banyak bergantung kepada kekukuhan institusi raja-raja Melayu dari dahulu sehingga sekarang. Sejarah raja-raja Melayu di Singapura adalah suatu contoh bagaimana kelemahan raja-raja dalam mempertahankan budaya hidup Melayu akhirnya membawa kepupusan kepada institusi raja-raja dan budaya hidup Melayu di kepulauan tersebut. Walau bagaimanapun, sekitar awal abad ke-19 yang lalu, institusi dan budaya hidup raja-raja Melayu didapati masih begitu kukuh di Terengganu, khususnya dalam zaman pemerintahan Sultan Zainal Abidin III (1881-1918). Baginda adalah salah seorang sultan yang berpegang teguh kepada tradisi kesultanan Melayu, pemeliharaan adat istiadat dan kemuliaan syiar Islam sebagai asas kepada baginda dalam mengekang kedatangan pengaruh Inggeris di Terengganu.
Metadata
Sumber Maklumat: | Repository@USM |
---|---|
Taksonomi: | Adat dan Budaya Melayu > Adat Raja-Raja Melayu Adat dan Budaya Melayu > Budaya Melayu |
Bidang: | Adat dan Budaya Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 27 Oct 2016 07:04 |
Kata Kunci: | Adat Melayu, Kesultanan Melayu, Abad 19, Singapura, Terengganu |