Nasrudin, Ezzah’afifah and Salleh, Che Ibrahim (2015) Pemikiran melayu dalam cerita lipur lara / Ezzah’afifah Nasrudin dan Che Ibrahim Salleh. Journal of Business and Social Development, 3 (2). pp. 63-79. ISSN 2289-2915

Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Cerita lipur lara merupakan sejenis cerita rakyat Melayu yang mengandungi unsur dongeng dan sering dikaitkan dengan pengembaraan seorang wira dan wirawati dalam kalangan putera dan puteri raja. Percintaan, kesaktian dan peragungan wira ialah tema utama cerita lipur lara. Aspek pemikiran Melayu dapat dilihat berdasarkan aspek pemikiran yang dicernakan oleh cerita lipur lara, khususnya dalam teks yang terpilih seperti Hikayat Malim Deman, Hikayat Malim Dewa, Hikayat Awang Sulung Merah Muda dan Hikayat Raja Muda. Setiap teks itu akan dikenal pasti, dianalisis dan dihuraikan aspek pemikiran dengan rinci. Kajian yang dijalankan berdasarkan kaedah kepustakaan. Hasilnya terdapat beberapa buah cerita lipur lara yang sudah dibukukan. Pendekatan sosiologi diterapkan kerana pendekatan tersebut dapat merungkaikan perkara yang tersirat dalam cerita dan tujuan cerita tersebut. Pemikiran Melayu yang terkandung ialah pemikiran tentang moral dan budi, sosiopolitik dan kepemimpinan, kepahlawanan, sosioekonomi dan agama.
Metadata
Sumber Maklumat: | Portal MyJurnal |
---|---|
Taksonomi: | Islam dan Keintelektualan Melayu > Pemikiran Warisan Melayu > Warisan Kisah Klasik Melayu |
Bidang: | Warisan Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 27 Oct 2016 06:53 |
Kata Kunci: | Cerita lipur lara, unsur dongeng, pemikiran, moral dan budi, kepahlawanan |