Watson Andaya, Barbara (2003) Gender, Islam and the Bugis Diaspora in Nineteenth andTwentieth-Century Riau / Barbara Watson Andaya. SARI: Jurnal Alam dan Tamadun Melayu, 21 (1). ISSN 0127-2721

Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Pentingnya wanita dalam mengkekalkan status laki-laki adalah tema umum dalam kajian ilmiah ke atas masyarakat Bugis. Sikap ini mungkin sudah tertanam dalam budaya yang dibawa orang hijrahan Bugis ke dunia Melayu pada penghujung abad ke-17 dan 18. Di Kepulauan Riau, yang menjadi pusat pengaruh Bugis dalam kerajaan Johor dan Alam Melayu yang luas itu, kahwin campur antara Bugis dengan Melayu bermakna imperatif jantina telah menjadi lemah sedikit. Namun, pengaruh wanita daripada keturunan Bugis-Melayu tetap ketara di kalangan mereka yang berkuasa di Riau pada awal abad ke- 19. Sepanjang tempoh itu, perumusan baru tentang status jantina mulai meresapi masyarakat Islam melalui ajaran reformis dan fundamentalis daripada kumpulan Wahabi. Pengaruh ajaran mereka, yang telah memperkukuhkan kesamaran jantina yang sedia ada tentang kemunculan wanita di khalayak umum, ketara dalam Tuhfat- al-Nafis, yang mengisahkan sejarah disaspora yang ditulis sarjana agung Raja Ali Haji. Pada akhir kurun itu, tempat wanita yang berturunan bangsawan di Riau sudah menjadi kurang dominan berbanding dengan yang ada pada seratus tahun yang lalu. Namun, dengan mengkaji karya sastera dan sejarah, dikemukakan hujah dalam rencana ini bahawa persekitaran yang terwujud di Pulau Penyengat masih membuka ruang kepada wanita untuk menulis. Pendekatan sinkronik kepada penerbitan mereka itu telah membolehkan kita melihat bagaimana persoalan yang mereka kemukakan itu sudah berubah selaras dengan perubahan masa dan isu baru yang dibawa pengaruh Barat dan ide tentang ‘pemodenan’ di dunia Islam.
Metadata
Sumber Maklumat: | UKM Journal Article Repository |
---|---|
Taksonomi: | Asal Usul Melayu : Sumber Genetik > Etnik > Melayu Bugis |
Bidang: | Asal-Usul Melayu : Sumber Genetik |
Tarikh Muatnaik: | 27 Oct 2016 06:30 |
Kata Kunci: | Gender, Islam, Bugis, Diaspora, Riau |