Kajian hikayat "Misa Melayu" / Haji Buyong Adil

Adil, Buyong (1965) Kajian hikayat "Misa Melayu" / Haji Buyong Adil. Pustaka Melayu, [1965], Singapore.

Full text not available from this repository.
Pautan Rasmi: http://unimap.worldcat.org/title/kajian-hikayat-mi...

Abstrak / Ringkasan / Sinopsis

Teks ini merupakan sumber penting dalam penulisan sejarah negeri Perak pada abad ke-18. Secara keseluruhannya, Misa Melayu diambil daripada perkataan ‘Mahisa’ dalam bahasa Jawa yang bermaksud kerbau. Kerbau dalam Misa Melayu merujuk kepada simbol gagah berani, sekaligus memberi erti Misa Melayu kepada pahlawan melayu. Pada tahun 1878, William Maxwell menterjemahkan Misa Melayu sebagai ‘An Example for Malays’. Lima tahun kemudian, Maxwell membetulkan kenyataannya dengan mengatakan Raja Chulan memberikan judul karya itu Misa Melayu kerana terpengaruh dengan Misa Jawa. Misa Melayu dikatakan dapat menjadi sumber dalam menyusun sejarah budaya masyarakat Melayu Perak pada abad ke-18. Menurut Teuku Iskandar, teks Misa Melayu terbahagi kepada tiga bahagian : a) Zaman pemerintahan Sultan Muzaffar dan Sultan Iskandar. b) Kisah sultan main ke laut. c) Bahagian tambahan yang meliputi tempoh kemangkatan Sultan Iskandar hingga zaman pemerintahan Sultan Alauddin pada awal abad ke-19.

Jenis Bahan: Book
Sumber Maklumat: UNIMAP : Tuanku Syed Faizuddin Putra Library Web OPAC
Kata Kunci: Perak: Malaya; Malay; Malaysia
Taksonomi: KESULTANAN DAN PEMERINTAHAN > Institusi Kesultanan > Sejarah
Bidang: Kesultanan dan Pemerintahan
Muatnaik oleh: Rizana Mohd Radwan
Tarikh Muatnaik: 27 Oct 2016 06:25
Kemas Kini: 27 Oct 2016 06:25
URI: http://melayu.library.uitm.edu.my/id/eprint/1963

Actions (login required)

View Item View Item