Al-Attas, Syed Muhammad Al-Naquib (1972) Islam Dalam Sejarah Dan Kebudayaan Melayu / Syed Muhammad Naquib al-Attas. ABIM, Petaling Jaya. ISBN 9679400379
Al-Attas, Syed Muhammad Al-Naquib (1972) Islam Dalam Sejarah Dan Kebudayaan Melayu / Syed Muhammad Naquib al-Attas. ABIM, Petaling Jaya. ISBN 9679400379
Al-Attas, Syed Muhammad Al-Naquib (1972) Islam Dalam Sejarah Dan Kebudayaan Melayu / Syed Muhammad Naquib al-Attas. ABIM, Petaling Jaya. ISBN 9679400379
Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Voltaire pernah berkata bahwa fakta-fakta sejarah yang bersifat runchitan dan yang tiada membawa kepada sesuatu matlamat merupakan kepada sejarah sebagaimana barang-barang angkutan merupakan kepada tentera–yaitu sebagai beban rintangan belaka; kita harus memandang sejarah dengan pandangan semesta, justru sebab akal insan itu sedemikian kechilnya sehingga jikalau dibebani fakta-fakta yang berunchit itu nischaya akan tertindislah ia. Meskipun tilikan fakta-fakta yang terpenchil itu menunjukkan dan menyatakan perkara-perkara yang benar berlaku dalam sejarah, namun jikalau dilihat dari sudut hiasan permandangan alam sejarah, maka fakta-fakta itu menjadi palsu pula dan merupakan seakan-akan antinomi dalam falsafah sejarah. Kita harus menganggap fakta-fakta yang sedemikian itu sebagai perkataan yang disusun dalam kamus; sungguhpun tiap sesuatu daripadanya menjelaskan kebenaran maknanya, akan tetapi pada keseluruhannya ia tiada mengandung makna sebab penyusunannya hanya berdasarkan pada giliran huruf hurufnya dalam abjad, bukan pada mempersangkut-pautkan konsep-konsep dan perkataan penting yang dapat menayangkan suatu gambaran mengenai pandangan hidup masharakat yang menggunakan bahasa yang diperkamuskan itu. Maka ibaratnya samalah seperti kiasan yang pernah digunakan oleh Macaulay peri pengalaman pengembara Gulliver di negeri Brobdingnag yang didiami oleh manusia-manusia tinggi-besar seperti raksasa.
Metadata
Sumber Maklumat: | WebOpac UniSZA |
---|---|
Taksonomi: | Islam dan Keintelektualan Melayu > Karya > Tulisan > Bidang ilmu Ketamadunan Melayu > Kebudayaan Ketamadunan Melayu > Sejarah Islam dan Keintelektualan Melayu > Pemikiran > Klasik Islam dan Keintelektualan Melayu > Pemikiran > Moden Islam dan Keintelektualan Melayu > Pemikiran Ketamadunan Melayu > Warisan |
Bidang: | Ketamadunan Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 27 Oct 2016 06:15 |
Pautan Berkaitan: | |
Kata Kunci: | Tamadun Islan, Tamadun Melayu, Islam dan Kesusasteraan, Kebudayaan Melayu, |
Download
Filename: Islam Dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu.pdf