Abu Bakar, Abdul Latiff and Hussin, Hanipah (2004) Kepimpinan adat Melayu serumpun / Abdul Latiff Abu Bakar dan Hanipah Hussin. Institut Seni Malaysia Melaka (ISMMA), Melaka. ISBN 9789834176204
Abu Bakar, Abdul Latiff and Hussin, Hanipah (2004) Kepimpinan adat Melayu serumpun / Abdul Latiff Abu Bakar dan Hanipah Hussin. Institut Seni Malaysia Melaka (ISMMA), Melaka. ISBN 9789834176204
Abu Bakar, Abdul Latiff and Hussin, Hanipah (2004) Kepimpinan adat Melayu serumpun / Abdul Latiff Abu Bakar dan Hanipah Hussin. Institut Seni Malaysia Melaka (ISMMA), Melaka. ISBN 9789834176204
Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Buku ini memaparkan adat Melayu sebagai warisan adat yang sangat tinggi nilainya dalam warisan peradaban dunia. Tulisan Profesor Madya Zainal Abidin Borhan (Jabatan Sosiobudaya, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya) dan Profesor Datuk Dr. Zainal Kling (Jabatan Antropologi dan Sosiologi, Universiti Malaya) dapat menjelaskan pengertian adat dalam konteks masyarakat Melayu Islam. Turut dimuatkan dalam buku ini ialah cabaran kepimpinan adat Melayu tulisan tokoh akademik dan adat berdasarkan pengalaman mereka di provinsi dan negeri masing-masing iaitu Profesor Madya Dr. Hanipah Hussin (Ketua Jabatan Ko-Kurikulum, Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia), Bapak Tenas Effendy (Ketua Lembaga Kekerabatan Adat Melayu Riau), Dr. Mohd. Rosli Saludin (Jabatan Sastera. Universiti Pendidikan Sultan Idris), Sultan Tengku Luckman Sinar Basarsyah-II, H. Hambali Hassan, SH dan Lembaga Adat Jambi. Dalam buku ini turut dimuatkan pengalaman dan amalan adat bersendi syarak dan kitabullah dibeberapa provinsi Indonesia yang ditulis oleh pemimpin adat dari Bahagian Adat Melayu Serumpun KALBAR, H. Badruzzaman, SH. M. HUM (Ketua MajlisAdat Acheh), Masri Habib Datuk Pandak dari Lembaga Adat Bukit Tinggi, Indonesia dan pengamalan adat di Kabupaten Rokan Hilir oleh H. Sudarno Mahyudin. Sebagai pelengkap, buku ini memaparkan tata cara adat pernikahan di Kabupaten Bungo, Jambi tu1isan Lemhaga Adat Kabupaten Bungo. Buku ini terhasil daripada Pertemuan Pemimpin Adat Melayu Serumpun pada 2002 dan Seminar Pemimpin Adat Melayu Serumpun yang dianjurkan oleh ISMMA dan Biro Sosiobudaya Dunia Melayu Dunia Islam pada 29 hingga 30 September 2003. Ia sebagai panduan bangsa Melayu serumpun (yang merangkumi Dunia Melayu dan Dunia Islam) mengenali, memahami, memelihara dan memperkembangkan warisan adat Melayu serumpun di kalangan generasi muda, amnya warga Melayu serumpun. Memandangkan pemimpin adat adalah tonggak yang seharusnya memainkan peranan penting da1am menghidupkan institusi dan amalan adat ini, maka buku ini memberikan perhatian kepada peranan pemimpin dan pengalaman melaksanakan adat Melayu di beberapa provinsi dan negeri dijadikan contoh
Metadata
Sumber Maklumat: | WebOPAC Perpustakaan Tun Abdul Razak Shah Alam |
---|---|
Taksonomi: | Adat dan Budaya Melayu > Adat Tradisi |
Bidang: | Adat dan Budaya Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 18 Oct 2016 03:24 |
Kata Kunci: | Warisan adat Melayu, Kepimpinan adat Melayu, Amalan adat Melayu |