Mustapha, Insun Sony (1999) Memoir Mustapha Hussain Kebangkitan Nasionalisme Melayu Sebelum UMNO / penyelenggara, Insun Sony Mustapha. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. ISBN 983626129X
Mustapha, Insun Sony (1999) Memoir Mustapha Hussain Kebangkitan Nasionalisme Melayu Sebelum UMNO / penyelenggara, Insun Sony Mustapha. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. ISBN 983626129X
Mustapha, Insun Sony (1999) Memoir Mustapha Hussain Kebangkitan Nasionalisme Melayu Sebelum UMNO / penyelenggara, Insun Sony Mustapha. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. ISBN 983626129X
Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Nama Mustapha Hussain (1910-1987) memang jarang ditemui dalam buku² yang membicarakan sejarah politik kiri. Aku sendiri hanya dapat tahu tentang beliau bila aku terjumpa buku ini, yang asalnya ditulis oleh beliau pada tahun 1976 dan diterbitkan pertama kali oleh Dewan Bahasa & Pustaka (DBP) dalam buku Memoir Mustapha Hussain: Kebangkitan Nasionalisme Melayu Sebelum UMNO (1999). Sebelum perang beliau aktif dalam KMM sebagai Naib Presiden dan terus aktif dalam PKMM selepas perang sebagai penasihat khas Dr. Burhanuddin Al-Helmy. Antara yang paling menarik tentang buku ini ialah bab PUTERA-AMCJA Conference (1947) yang secara terperinci menceritakan persidangan penuh pimpinan PUTERA-AMCJA di markas besar Malayan New Democratic Youth League (MNDYL) di Kuala Lumpur pada bulan Julai 1947. Persidangan ini bertujuan untuk membahaskan rangka Perlembagaan Rakyat yang sudah siap disusun oleh John Eber dari Malayan Democratic Union (MDU). Daya ingatan beliau yang tajam sangat menonjol semasa menggambarkan individu yang hadir dalam persidangan tersebut: "Desks were arranged in a circle. Dr. Burhanuddin sat rigidly, with me on his left, and Taha Kalu on his right. John Eber (MDU) was on Taha's right and farther on, beside John Eber, were Ahmad Boestamam (API), Lim Kean Chye (MDU) and John Thivy (MIC). Ishak sat opposite me with Conference Secretary Gerald de Cruz (MDU) on his left while Sir Cheng Lock Tan (AMCJA) dressed in a shirt and coat ensemble sans tie, sat on Ishak's right. On Sir Cheng Lock Tan's right were representatives from the New Democratic Youth League (NDYL), Malayan People's Anti-Japanese Ex-Comrades Association (MPAJECA) and Cheng Loo from the Pan-Malayan Federation of Trade Union (PMFTU) - all very young men." Satu perkara yang tak diketahui ramai ialah Mustapha Hussain telah menyertai UMNO semasa Darurat dan bertanding menentang Tunku Abdul Rahman untuk jawatan presiden UMNO selepas perletakan jawatan Dato' Onn Jaafar pada tahun 1951. Yang memeranjatkan ialah beliau hampir menang dan hanya kalah dengan satu undi.
Metadata
Sumber Maklumat: | WebOpac UniSZA |
---|---|
Taksonomi: | Ketamadunan Melayu > Sejarah Ketamadunan Melayu > Pejuang Melayu Ekonomi Melayu > Pemikiran Ekonomi Melayu Adat dan Budaya Melayu > Pemikiran Melayu Ketamadunan Melayu > Pejuang Melayu > Sebelum Kemerdekaan Ketamadunan Melayu > Warisan |
Bidang: | Ketamadunan Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 27 Oct 2016 06:07 |
Pautan Berkaitan: | |
Kata Kunci: | Memoir Mustapha Hussain, Nasionalisme Melayu, UMNO, Pemimpin sebelum Kemerdekaan |
Download
Filename: Memoir Mustapha Hussain.pdf