Swettenham, Frank (2003) Perihal Orang Melayu / Frank Swettenham ; penterjemah, Zubaidah Ibrahim. Penerbit Universiti Malaya, Kuala Lumpur. ISBN 9831001451
Swettenham, Frank (2003) Perihal Orang Melayu / Frank Swettenham ; penterjemah, Zubaidah Ibrahim. Penerbit Universiti Malaya, Kuala Lumpur. ISBN 9831001451
Swettenham, Frank (2003) Perihal Orang Melayu / Frank Swettenham ; penterjemah, Zubaidah Ibrahim. Penerbit Universiti Malaya, Kuala Lumpur. ISBN 9831001451
Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Buku ni diterjemahkan ke dalam bahasa melayu oleh Dr. Zubaidah Ibrahim dari buku Malay Sketches oleh Frank Swettenham yang diterbitkan pada tahun 1884. Ciri-ciri orang Melayu dari kacamata Frank Swettenham melalui pemerhatian beliau adalah : 1. Orang Melayu berbadan pendek, gempal dan tegap, rambutnya lurus dan hitam, warna kulitnya gelap, hidung dan bibirnya agak tebal, dan matanya cerdas dan cerdik. 2. Biasanya bersifat baik hati, gerak-gerinya sopan dan senang berbicara. 3. Orang Melayu tidak pernah menikus, tetapi dengan orang yang tidak dikenalinya dia agak pendiam dan agak curiga, walaupun tidak ditunjukkannya. 4. Seorang yang berani dan amanah dalam menjalankan tugas. 5. Bersikap suka berbelanja, suka meminjam wang, dan lambat pula membayar balik. 6. Dia mengambil tahu hal ehwal jiran tetangganya dan sebab itu kadang-kadang dia juga suka bercerita tentang hal orang. 7. Dia seorang yang konservatif, bangga dan cintakan tanahair dan rakyatnya, memuliakan adat resamnya, takut kepada rajanya, dan menghormati pihak berkuasa - tetapi dia mencurigai semua jenis pembaharuan dan akan menentang apa-apa pembaharuan yang dipaksakan ke atasnya. 8. Dia pengikut Muhammad dan percaya kepada takdir, tetapi dia juga percaya kepada tahyul. 9. Dia tidak pernah meminum sebarang minuman yang memabukkan, jarang-jarang sekali menghisap ganja. Tetapi gemar berjudi, menyabung ayam dan permainan-permainan lain seperti itu. 10. Dia memang semulajadinya suka bersukan, pandai menangkap dan menjinakkan gajah, nelayan yang mahir, dan sungguh cekap sekali dengan perahu. 11. Semangat berpuak-puak juga tebal dalam dirinya. 12. Orang Melayu pantang menerima sebarang penghinaan, padanya hal ini harus dihapuskan sekalipun dengan pertumpahan darah. Jika dia merasa maruahnya dicemarkan, sama ada hal itu betul atau tidak, dia menyimpan perasaan itu dalam hatinya sehingga dia betul-betul dihantui dengan niat untuk menuntut bela.
Metadata
Sumber Maklumat: | WebOpac UniSZA |
---|---|
Taksonomi: | Asal Usul Melayu : Sumber Genetik > Budaya Ketamadunan Melayu > Kebudayaan Ketamadunan Melayu > Sejarah Ketamadunan Melayu > Warisan Warisan Melayu > Sejarah |
Bidang: | Ketamadunan Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 27 Oct 2016 05:03 |
Pautan Berkaitan: | |
Kata Kunci: | Tamadun Melayu, Cerita Rakyat |
Download
Filename: Perihal melayu.pdf