Supardi, Supardi and Azman, Mohamed Nor Azhari and Mustapha, Ramlee and Che Rus, Ridzwan and Che Kob, Che Ghani (2016) Tahap kecerdasan emosi guru pelatih teknikal dan vokasional di Sekolah Menengah Kejuruan (SMK) / Supardi. Sains Humanika, 8 (1). pp. 42-50. ISSN 2289-6996

Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti hubungan kecerdasan emosi (intrapersonal dan interpersonal) dalam kalangan guru pelatih Teknik dan Vokasional di Sekolah Menengah Kejuruan (SMK) Saree Aceh Besar. Pemilihan sampel secara rawak mudah telah dilakukan dan seramai 35 orang guru pelatih telah dipilih sebagai responden. Kajian ini dilakukan secara kuantitatif dengan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen untuk mendapatkan data dan seterusnya data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif dan inferensi dengan bantuan Statistical Packages for Social Sciences. Soal selidik yang dibentuk mengandungi item yang mengukur tahap kecerdasan emosi. Teknikal statistik pemeratusan, kekerapan dan min skor digunakan bagi mengukur tahap kecerdasan emosi manakala ujian-t digunakan bagi menguji hipotesis nol. Dapatan analisis deskriptif menunjukkan bahawa tahap kecerdasan emosi responden didapati nilai skor min tertinggi daripada domain motivasi kendiri iaitu sebanyak 4.11. Selain itu, tahap kecerdasan emosi didapati perbezaan yang signifikan mengikut jantina daripada nilai-t ‘saya mahir berhubung dengan orang lain dengan berkesan’ (D6) bagi sub domain keupayaan mengendalikan hubungan yang berkesan. Kemudian daripada soalan E3 bagi sub domain perhubungan sosial, dapatan kajian juga menunjukkan kecerdasan emosi mengikut taraf perkahwinan yang didapati terdapat perbezaan yang signifikan ‘saya boleh berkomunikasi dengan baik dengan orang lain’. Daripada soalan C1 dari sub domain motivasi kendiri didapati perbezaan yang signifikan ‘saya berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan sesuatu yang diinginkan’ berdasarkan taraf perkahwinan. Guru sebagai ejen pendidikan yang berperanan penting dalam kemajuan pendidikan harus menyedari bahawa kepentingan kecerdasan emosi dalam pembelajaran. Dengan adanya kecerdasan emosi yang tinggi, guru akan berupaya mengawal emosi, menunjukkan sikap lebih berempati dan dapat belajar menyesuaikan diri dengan masalah yang dihadapi serta dapat memberikan pendidikan emosi yang baik kepada pelajar.
Metadata
Sumber Maklumat: | MyJurnal - Malaysian Citation Centre |
---|---|
Taksonomi: | Pendidikan Melayu > Sistem Pendidikan Selepas Merdeka > Laporan Rahman Talib (1960) > Latihan > Pendidikan Vokasional Bagi Guru |
Bidang: | Pendidikan Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 27 Oct 2016 04:55 |
Pautan Berkaitan: | |
Kata Kunci: | Emotional Quotient (EQ); technical and vocational trainees |