Md Ramli, Mohammad Hafeez and Mohamad, Ishak and Mohd Esin, Mohd Zainudin (2014) Impak Pelaksanaan Pendidikan Islam Sepanjang Hayat Di Kolej Komuniti, Kementerian Pendidikan Tinggi Bagi Fasa Pertama 2014-2015 / Mohammad Hafeez bin Md Ramli. Documentation. Bahagian Akademik Dan Pendidikan Berterusan Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti.

Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Penghayatan pendidikan perlu merangkumi pendidikan Islam yang dapat meningkatkan sahsiah dan keimanan kita kepada Allah S.W.T. Kesedaran terhadap perlunya melahirkan modal insan yang holistik dan seimbang dalam kalangan umat Islam amnya dan di Malaysia khususnya sangat penting sebagai peneraju kemajuan negara dan memberi ruang kepada masyarakat umumnya untuk terus mendalami dan memperkasakan ilmu pengetahuan secara bersistematik dalam kalangan semua lapisan masyarakat untuk meningkatkan ilmu dan meninggikan darjat seseorang individu itu. Idea pelaksanaan PISH adalah berdasarkan saranan yang dikemukakan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia (TPM) semasa Perhimpunan Agong UMNO pada 7 Disember 2013. Kolej Komuniti adalah penggerak utama Program Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH) yang menggabungkan aspek kemahiran dan pendidikan agama. Program PISH ini akan dilaksanakan menerusi dua pendekatan iaitu latihan kemahiran dalam bidang teknikal, vokasional dan pendidikan keusahawanan kepada pelajar-pelajar aliran agama dan Pendidikan Islam yang berterusan kepada komuniti setempat seperti golongan lepasan sekolah menengah. Objektif pelaksanaan PISH adalah untuk membina hubungan dan merapatkan ukhwah antara Kolej Komuniti dan institusi luar, meningkatkan penyertaan masyarakat dalam PISH selepas pendidikan rasmi di peringkat sekolah menengah dan melahirkan modal insan yang seimbang dengan penggabungan latihan kemahiran dan pendidikan Islam. Impak PISH fasa pertama dalam membina hubungan dan merapatkan ukhuwah dilihat tercapai dengan peningkatan kolaborasi Kolej Komuniti bersama insitusi keagamaan dan jabatan luar.
Metadata
Sumber Maklumat: | Centre for Continuing Education University of Malaya |
---|---|
Taksonomi: | Pendidikan Melayu > Sistem Pendidikan Selepas Merdeka > Laporan Rahman Talib (1960) > Latihan > Pelajaran Agama Islam Bagi Yang Islam |
Bidang: | Pendidikan Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 27 Oct 2016 04:44 |
Kata Kunci: | Pelaksanaan Pendidikan Islam Sepanjang Hayat, Kolej Komuniti |