Hussein, Ismail, Tan Sri,1932- and Wan Teh, Wan Hashim and Shafie, Ghazali (1997) Tamadun Melayu menyongsong abad kedua puluh satu / Ismail Hussein, Wan Hashim Wan Teh, Ghazali Shafie. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia,, Bangi. ISBN 9679423794

Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Buku ini memuat dua buah tulisan oleh dua orang sarjana Pengajian Melayu - Ismail Hussein dan Wan Hashim Wan Teh serta tokoh politik veteran, Ghazali Shafie. Dalam tulisannya, Ismail Hussein mengungkap kesedaran Melayu-Polinesia dalam ertinya yang luas, mula timbul pada akhir abad ke-19, apabila bahasa, etnologi dan arkeologi pulau-pulau Lautan Pasifik dan Kepulauan Asia Tenggara telah luas diterokai, dan hubungan kekeluargaan antara ratusan suku bangsa dari Pulau Paskah hingga ke Madagaskar menjadi ketara. Elit pribumi Hawaii telah memimpikan penyatuan wilayah Melayu-Polinesia dari sejak tahun 1870-an, dan Jose Rizal serta Apolinario Mabini, penggerak revolusi Filipina dalam tahun 1890-an, telah mengungkapkan pembebasan dan penyatuan negara-negara Melayu. Wan Hashim pula mengandaikan bahawa proses pembinaan kembali Tamadun Melayu boleh dilakukan oleh Malaysia secara terancang supaya matlamat dan wawasan yang ingin dicapai berhasil serta menepati sasarannya. Beliau mengutip pemikir dan ahli sains sosial, seperti Ibn Khaldun, Arnold Toynbee, Malik Bennabi, Karl Marx, Max Weber, Emile Durkheim dan Ali Syariati. Semua mereka ini pernah membincangkan secara teliti persoalan jatuh dan bangunnya tamadun berdasarkan pengalaman Eropah dan Dunia Islam. Ghazali Shafie menduga cabaran dan masa depan Tamadun Melayu sambil melihat kedudukan orang Melayu dalam masyarakat Malaysia menjelang 2020. Apakah cabaran dalam membina kekuatan bangsa Malaysia dan apakah pula keperluan dalam mengukuhkan bangsa Melayu serumpun di Nusantara?
Metadata
Sumber Maklumat: | WebOPAC Gemilang UKM , No.Kelas DS601.I85 1997 PATMA |
---|---|
Taksonomi: | Ketamadunan Melayu > Kebudayaan Ketamadunan Melayu > Sejarah Ketamadunan Melayu > Warisan |
Bidang: | Ketamadunan Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 18 Oct 2016 03:17 |
Kata Kunci: | Malays,Malay Archipelago, Malays Civilization, Melayu, Tamadun Melayu |