Denisova, Tatiana (2012) Konsep kemakmuran negara dalam historiografi melayu islam kurun ke-13 hingga ke-19 / Tatiana Denisova. Journal of Al-Tamaddun, 7 (2). pp. 105-134. ISSN 1823-7517

Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Karya-karya historiografi Melayu Islam merupakan sumber sejarah yang amat penting untuk mengkaji sejarah masyarakat Melayu pada kurun ke-13 sehingga ke-19. Karya-karya seperti Hikayat Raja Pasai, Sejarah Melayu, Hikayat Aceh, Peringatan Sejarah Negeri Johor, Hikayat Siak, Tuhfat al-Nafis mewakili pelbagai aliran dalam historiografi Melayu Islam yang wujud dalam pelbagai zaman dan negara. Teks-teks tersebut mengandungi banyak maklumat tentang cara kehidupan masyarakat, keadaan yang nyata dalam bidang ekonomi, kehidupan intelektual, politik, agama dan lain-lain. Analisis maklumat-maklumat tersebut membantu kita supaya memahami konsep kerajaan yang wujud pada masa tersebut termasuklah konsep kemakmuran dan kemunduran negara serta kriteria-kriteria utama kemakmuran dan kemunduran sesebuah negara. Kajian teks-teks Melayu lama menunjukkan bahawa konsep kemakmuran dan kemunduran negara mempunyai kaitan yang erat dengan sifat-sifat baginda (raja adil – raja zalim) dan cara kerajaan yang dilaksanakan oleh baginda sepertimana sebuah negara Islam. Ternyata konsep kemakmuran dan kemunduran negara yang dirumuskan di dalam teks-teks tersebut merupakan sebahagian daripada konsep keadilan yang berasaskan konsep kerajaan Islam yang ideal (Ideal Islamic state)
Metadata
Sumber Maklumat: | Portal MyJurnal |
---|---|
Taksonomi: | Warisan Melayu > Kesusasteraan Adat dan Budaya Melayu > Pemikiran Melayu Kesultanan dan Pemerintahan > Institusi Kesultanan > Sejarah |
Bidang: | Kesultanan dan Pemerintahan |
Tarikh Muatnaik: | 27 Oct 2016 04:38 |
Kata Kunci: | Histografi Melayu Islam, teks-teks Melayu lama, konsep kemakmuran |