Omar, Rahilah and Mohd. Tamrin, Khazin and Hussin, Nordin and Bungo, Nelmawarni (2009) Sejarah kedatangan masyarakat Bugis ke Tanah Melayu: kajian kes di Johor / Rahilah Omar, Khazin Mohd. Tamrin, Nordin Hussin, Nelmawarni Bungo. JEBAT : Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies (Volume 36, 2009, Pages 41 to 61), 36. pp. 41-61. ISSN 0126-5644

Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Sejak zaman berzaman orang Bugis cenderung keluar dari kampung halamannya untuk mencari kehidupan dan petempatan baru. Amalan seperti ini disebut sebagai merantau dalam masyarakat Melayu. Kegiatan merantau telah menjadikan hubungan sejarah, ikatan darah dan tali temali kebudayaan yang sangat erat sepanjang sejarahnya antara masyarakat Bugis dengan Semenanjung Tanah Melayu. Kedatangan orang Bugis ke Tanah Melayu telah berlaku sekurang-kurangnya sejak zaman kesultanan Melayu Melaka. Pada abad ke-17 sudah terdapat pemukiman orang Bugis di Semenanjung Tanah Melayu, namun kedatangan mereka dalam jumlah yang besar berlaku pada kolonial Inggeris khususnya suku akhir abad ke-19. Kedatangan mereka ke Tanah Melayu berterusan sehinggalah sekarang. Meskipun jumlah populasi mereka tidak dapat diketahui dengan tepat kerana kekurangan sumber bertulis dan lisan yang begitu ketara, namun kehadiran mereka dapat dilihat majoritinya di dua buah negeri di Semenanjung Tanah Melayu iaitu Johor dan Selangor. Di Johor, peranan mereka sebagai peneroka hutan dan pembina petempatan luar bandar adalah antara aspek penting yang membentuk persejarahan negeri Johor. Kewujudan masyarakat Bugis dapat dikesan di beberapa petempatan yang masih kekal hingga sekarang. Mereka tersebar di beberapa buah kampung dalam mukin-mukim di Johor seperti Benut, Sungai Karang, Serkat, Ayer Masin, Ayer Baloi, Sungai Pinggan, Jeram Batu, Sungai Kluang, Minyak Beku, Sungai Punggur, Pengerang, Muar, Gelang Patah dan sekitar Pekan Nenas. Bahkan ada beberapa buah kampung yang majoriti penduduknya adalah masyarakat Bugis. Kampung Parit Makkuaseng ialah salah sebuah kampung di mukim Benut, Pontian, 90% penduduknya adalah terdiri daripada masyarakat Bugis. Kampung Lepau di Pengerang 100% penduduknya terdiri daripada masyarakat Bugis. Sejak dari awal kedatangan masyarakat Bugis ke Semenanjung Tanah Melayu, khususnya ke Johor, mereka telah berjaya menempatkan nama suku mereka dalam sejarah tempatan, sehingga kewujudan masyarakat Bugis di Johor dapat dikatakan lebih menonjol daripada etnik lainnya.
Metadata
Sumber Maklumat: | Portal MyCite |
---|---|
Taksonomi: | Asal Usul Melayu : Sumber Genetik > Etnik > Melayu Bugis |
Bidang: | Asal-Usul Melayu : Sumber Genetik |
Tarikh Muatnaik: | 27 Oct 2016 04:26 |
Kata Kunci: | Bugis, Penghijrahan, Petempatan, Melayu, Johor, Tanah Melayu |