Wan Teh, Wan Hashim and Ali, A. Halim (1999) Rumpun Melayu Australia Barat / Wan Hashim Wan Teh, A. Halim Ali. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. ISBN 9679424375

Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Pada tahun 1974, orang Melayu Pulau Cocos mula berhijrah ke Australia Barat, mengikut jejak orang Melayu Pulau Krismas yang lebih awal berpindah ke sana. Di Pulau Cocos, tidak banyak peluang untuk sara hidup. Mereka bertebaran di Perth, South Hedland, Katanning dan Geraldton. Malahan sejumlah yang lain sampai ke Kathara, Shay Gap, Albury, Broom dan Mt. Newman. Lima belas tahun kemudian, Wan Hashim dan Halim Ali, dua orang sarjana antropologi dan pengajian Melayu terbang ke tempat-tempat tersebut untuk melihat sendiri bagaimana orang pulau yang sedarah dengan mereka meneruskan kehidupan di bumi Australia. Mereka meninjau pelbagai kegiatan ekonomi yang diceburi orang Melayu Australia Barat, menghadiri pelbagai majlis yang berkait dengan kepercayaan dan agama, adat resam dan kesenian, malah mengikuti kegiatan masa senggang 'sepupu' mereka yang telah terpisah oleh lautan beribu batu jaraknya. Walaupun sebahagian besar mereka terlibat dengan pekerjaan kolar biru, dari mekanik hinggalah ke penyelam mutiara, namun mereka terkenal kerana kecekapan dan kerajinan, bekerja keras dan dapat mengekalkan sifat lemah lembut dan sopan santun yang dimiliki oleh orang Melayu. Sungguhpun telah berintergrasi dengan penduduk tempatan, jati diri berjaya dikekalkan. Mereka terikat kuat dengan akar dan leluhur bangsa Melayu.
Metadata
Sumber Maklumat: | USIM Library Catalogue |
---|---|
Taksonomi: | Ekonomi Melayu > Kegiatan Ekonomi Ekonomi Melayu > Sejarah Perkembangan |
Bidang: | Ekonomi Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 27 Oct 2016 04:07 |
Kata Kunci: | Rumpun Melayu, Melayu Australia |
Download
Filename: B_WAN HASHIM WAN TEH 99.pdf