Abu Bakar, Nor Azura (2014) Modul asas pengajaran dan pembelajaran nyanyian lagu Melayu Asli / Nor Azura Abu Bakar. Masters thesis, Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Abu Bakar, Nor Azura (2014) Modul asas pengajaran dan pembelajaran nyanyian lagu Melayu Asli / Nor Azura Abu Bakar. Masters thesis, Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Abu Bakar, Nor Azura (2014) Modul asas pengajaran dan pembelajaran nyanyian lagu Melayu Asli / Nor Azura Abu Bakar. Masters thesis, Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Tujuan projek ini adalah untuk membina dan melaksanakan 'Modul Asas Pengajaran dan Pembelajaran Nyanyian Lagu Melayu Asli'. Melalui penghasilan modul ini, guruguru muzik ataupun individu yang berminat untuk menguasai nyanyian lagu Melayu Asli di peringkat asas, akan dapat memahami sedikit sebanyak perkara penting yang perlu diketahui sebelum mempelajari nyanyian lagu Melayu Asli ini dengan lebih mendalam. Beberapa topik telah dikemukakan agar proses pengajaran dan pembelajaran lebih mudah difahami seperti pengenalan, sejarah asal usul, teks dan pantun, struktur, alat muzik pengiring, penerokaan teknik vokal, latihan pemanasan suara yang bersesuaian, patah lagu dan langkah-langkah as as mempelajari nyanyian lagu Melayu Asli menerusi beberapa buah lagu yang telah dipilih. Notasi dan Cakera Padat nyanyian Allahyarham Rahim Jantan juga turut dilampirkan bersama untuk tujuan rujukan. Dalam masa yang sarna penghasilan produk ini juga dapat menyumbang kepada pengekalan warisan budaya. Pemerhatian terhadap rakaman Allahyarham Rahim Jantan yang merupakan aktivitis ataupun j agoan muzik tradisional yang pemah berkhidmat bersama dengan badan-badan kebudayaan di sekitar Kuala Lumpur dan terakhir berkhidmat sebagai adiguru Vokal Tradisional di ASWARA sehingga ke akhir hayatnya. Temu bual juga telah dijalankan dengan 2 orang pensyarah muzik ASWARA, dan 2 orang pelajar lulusan ASWARA yang mengambil alat muzik Vokal Tradisional sebagai alat muzik Major dan mempunyai pengalaman dalam nyanyian tradisional lebih dari 10 tahun. Dapatan dari temu bual menunjukkan bahawa semua responden bersependapat dan bersetuju dengan semua aspek dalam produk yang telah dibangunkan. Namun begitu masih juga terdapat sedikit kelemahan dalam penghasilannya. Akan tetapi cadangan untuk penambahbaikan bagi mengatasi kelemahan tersebut turut dibincangkan dalam bahagian akhir penulisan ini.
Metadata
Sumber Maklumat: | UPSI Institutional Repository |
---|---|
Taksonomi: | Warisan Melayu > Kesenian > Muzik > Jenis Muzik Warisan Melayu > Kesenian Warisan Melayu > Kesenian > Muzik |
Bidang: | Warisan Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 27 Oct 2016 03:40 |
Kata Kunci: | lagu Melayu Asli |
Download
Filename: MODUL ASAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN NYANYIAN LAGU MELAYU ASLI.pdf