Md. Nor, Siti Zalikhah (2011) Perangkap perjanjian Pangkor / Siti Zalikhah Md. Nor. KANUN : Jurnal Undang-Undang Malaysia, 23 (2). pp. 267-285. ISSN 0128-2670
Md. Nor, Siti Zalikhah (2011) Perangkap perjanjian Pangkor / Siti Zalikhah Md. Nor. KANUN : Jurnal Undang-Undang Malaysia, 23 (2). pp. 267-285. ISSN 0128-2670
Md. Nor, Siti Zalikhah (2011) Perangkap perjanjian Pangkor / Siti Zalikhah Md. Nor. KANUN : Jurnal Undang-Undang Malaysia, 23 (2). pp. 267-285. ISSN 0128-2670
Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Makalah ini2 tertumpu pada kesan Perjanjian Pangkor terhadap hubungan antara pembesar Melayu, khususnya Sultan dan Residen British yang meliputi pentadbiran British dan campur tangannya di Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Makalah ini berasaskan sumber daripada koleksi R.J. Wilkinson yang dikenali sebagai “Papers on Malay Subjects”. R.J. Wilkinson telah merekodkan minit mesyuarat State Council yang merupakan sumber berwibawa pada masa itu. Perjanjian Pangkor merupakan suatu perangkap kepada pembesar Melayu atau pintu bagi penjajah British memasuki Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Akhirnya, pendudukan British membawa keruntuhan kuasa Kesultanan Melayu Tradisional. Klausa 6 dalam Perjanjian Pangkor menyatakan bahawa Sultan menerima dan menyediakan kediaman yang sesuai bagi seorang pegawai British yang dinamakan Residen, yang ditauliahkan oleh mahkamah, dan nasihat Residen mesti diminta dan dilaksanakan dalam semua persoalan selain yang menyentuh agama dan adat orang Melayu. Pelaksanaan Perjanjian Pangkor telah membawa kepada kekangan terhadap kuasa Sultan Melayu, penghapusan sistem pentadbiran Melayu tradisional, penyempitan pelaksanaan undang-undang Islam. Sebaliknya, Perjanjian Pangkor telah memajukan pentadbiran dan sistem kehakiman British dan mewujudkan polarisasi dalam kegiatan ekonomi yang mengakibatkan orang Melayu ketinggalan sehingga selepas merdeka
Metadata
Sumber Maklumat: | Portal MyJurnal |
---|---|
Taksonomi: | Kesultanan dan Pemerintahan > Institusi Kesultanan Kesultanan dan Pemerintahan > Sembilan Sultan dan Raja-Raja Melayu |
Bidang: | Kesultanan dan Pemerintahan |
Tarikh Muatnaik: | 27 Oct 2016 03:26 |
Kata Kunci: | Perjanjian Pangkor, Negeri-negeri Melayu Bersekutu, State Council, Undang-undang Islamik dan Raja-raja Melayu |