Nasir, Mohamad Nasrin (2016) Pemikiran epistemologi melayu melalui pembacaan manuskrip terpilih, suatu pendekatan sistematis-historis / Mohamad Nasrin Nasir. In: Persidangan Antarabangsa Pengajian Melayu, 19-20 September 2016, Royal Asiatic Society, London.

Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Makalah ini akan cuba memberikan suatu konsepsi awal terhadap beberapa isu berkait dengan epistemology Melayu sepanjang zaman. Melayu sebagai rumpun bangsa yang terbesar di Asia Tenggara (melebihi 300 juta orang) mempunyai suatu pandangan hidup dan budaya yang telah bertahan selama ribuan tahun. Sejak tahun 70an cara pandangan alam telah diberikan penekanan oleh pemikir- pemikir Melayu melalui penulisan mereka. Idea penekanan terhadap aspek agama diberikan penekanan yang kuat kepada identity Melayu itu tadi. Identiti Melayu tergabung dari kepelbagaian cara pandang dan budaya amalan orang Melayu. Memahami apakah epistemology Melayu secara zaman berzaman merupakan suatu projek yang besar kerana ia akan melibatkan agar kita melihat secara sistematis dan kritikal kepada perkembangan setiap zaman. Beberapa contoh manuskrip akan ditelaah sebagai representatif kepada setiap zaman. Di dalam makalah ini saya akan memberikan suatu analisa awal kepada beberap manuskrip tasawwuf pada abad ke-16 dan 17. Pemerhatian ini akan cuba mensintesiskan suatu pemikiran epistemology Melayu masa tersebut. Dalam hal ini peranan yang dimainkan adalah sebagai seorang sejarawan idea (historian of ideas) yang menggunakan falsafah dan pendekatan fenomenologi (phenomenology). Saya akan cuba mentafsir secara sistematik agar suatu pandangan mengenai epistemology dapat digarap daripada beberapa manuskrip abad tersebut. [Pendekatan yang diambil adalah berdasarkan kepada metod yang digunakan oleh Havelock dalam mencatat pemikiran dan epistemology Yunani. Sebab pendekatan ini digunakan adalah kerana masyarakat Yunani juga mengalami perubahan dari sifat oral kepada persuratan atau penulisan. Tugas ilmuan kini adalah memahami apakah itu epistemology dan bukannya menghasilkan suatu epistemology baharu yang belum tentu diterima masyarakat kerana mengenepikan aspek sejarah dan keadaan masyarakat]
Metadata
Sumber Maklumat: | UKM Institutional Repository |
---|---|
Taksonomi: | Islam dan Keintelektualan Melayu > Karya > Kategori > Manuskrip Kitab Islam dan Keintelektualan Melayu > Pemikiran |
Bidang: | Islam dan Keintelektualan Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 27 Oct 2016 03:24 |
Kata Kunci: | Epistemologi Melayu, manuskrip tasawwuf |