Samsuddin, Mohd (1995) PERHUBUNGAN AWAL MALAYSIA-JEPUN 1957-1967 / MOHD BIN SAMSUDDlN. Malaysia Dari Segi Sejarah (23). pp. 66-89. ISSN 1675-0594
Samsuddin, Mohd (1995) PERHUBUNGAN AWAL MALAYSIA-JEPUN 1957-1967 / MOHD BIN SAMSUDDlN. Malaysia Dari Segi Sejarah (23). pp. 66-89. ISSN 1675-0594
Samsuddin, Mohd (1995) PERHUBUNGAN AWAL MALAYSIA-JEPUN 1957-1967 / MOHD BIN SAMSUDDlN. Malaysia Dari Segi Sejarah (23). pp. 66-89. ISSN 1675-0594
Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Selepas kekalahan Jepun di dalam Perang Dunia Kedua, Tanah Melayu telah diletakkan kembali di bawah pentadbiran British. Bagaimanapun imej pihak British di kalangan penduduk tempatan telahpun jatuh akibat daripada tindakannya yang tidak bersungguh-sungguh mempertahankan Tanah Melayu. Pendudukan Jepun telah meninggalkan kesan kebangkitan semangat kebangsaan yang tinggi mempengaruhi perjuangan orang-orang Melayu menentang rancangan pihak British untuk menkolonisasikan Tanah Melayu. Malahan keupayaan pihak British dicurigai oleh sebahagian besar penduduk Melayu menyebabkan pihak parti Komunis Malaya mengambil kesempatan cuba menguasai Tanah Melayu sebelum kedatangan pihak tentera British. Keadaan ini menyebabkan pihak British berusaha bersungguh-sungguh memulihkan imejnya dan memberikan tumpuan utama bagi mendapatkan semula pemerintahan Tanah Melayu. Di samping itu, kekayaan bahan mentah getah dan bijih timah yang terdapat di Tanah Melayu menjanjikan pendapatan ekonomi yang segera bagi membantu pihak British membangunkan kembali negaranya selepas perang.
Metadata
Sumber Maklumat: | Sumber Elektronik Perpustakaan Negara Malaysia |
---|---|
Taksonomi: | Ketamadunan Melayu > Sejarah Ketamadunan Melayu > Teknologi dan Pertanian Ketamadunan Melayu > Warisan |
Bidang: | Ketamadunan Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 27 Oct 2016 03:21 |
Kata Kunci: | Pembangunan Tanah Melayu, Jepun, Kebangkitan |
Download
Filename: AJ_MOHD BIN SAMSUDDlN 1995.pdf
Description: Cover