Awang, Hashim and Ismail, Hashim (2016) Minda Pengarang Melayu: Melestarikan Hubungan antar-Budaya Melayu-Jawa dalam Sulalat al-Salatin / Hashim Awang & Hashim Ismail. Jurnal MANU, 23. pp. 1-19. ISSN 1511-1989

Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Kepengarangan Melayu menampilkan ciri jati diri tertentu yang dapat diikuti daripada sumber-sumber teks tradisional Melayu. Kajian yang dikemukakan sebelum ini mendapati terdapat kaedah kepengarangan yang membentuk pola dan konsep kepengarangan Melayu. Misalnya, Hashim Awang (1989) dan Muhammad Haji Salleh (1991) mengemukakan pendekatan dalam menganalisis kepengarangan Melayu. Muhammad Haji Salleh mengemukakan konsep Puitika Melayu, sebaliknya Hashim Awang mengemukakan pendekatan Pengkaedahan Melayu. Kedua-dua pendekatan didapati penting bagi mengenal pasti minda pengarang Melayu. Sebagai kajian kes, artikel ini bertujuan untuk mengenal pasti dan menganalisis ciri jati diri kepengarangan Melayu di dalam Sulalat al-Salatin melalui bentuk dan puitika minda pengarang Melayu dalam melestarikan hubungan antar-budaya. Penemuan kajian turut menjawab bagaimana jati diri minda pengarang Melayu dalam menggambarkan imej antar-budaya. Adakah interaksi antar-budaya dilaksanakan atas dasar fungsional atau kepentingan hubungan kebudayaan atau kemungkinan lain yang mampu dianalisis sebagai satu bentuk amalan kepengarangan? Dengan itu juga, kajian ini turut memfokuskan hubungan antar-budaya serumpun yang dilestarikan melalui teks Sulalat al-Salatin.
Metadata
Sumber Maklumat: | Laman Web Rasmi Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah |
---|---|
Taksonomi: | Adat dan Budaya Melayu > Kesenian Melayu Warisan Melayu > Kesusasteraan |
Bidang: | Adat dan Budaya Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 18 Oct 2016 03:05 |
Kata Kunci: | Kajian budaya, Kepengarangan Melayu, Sulalat al-Salatin, Identiti Melayu, Puitika Melayu |
Download
Filename: MANU-Bil.-23-2016.pdf