Mohd Azlan, Abdullah and Rosmiza, Mohd Zainol and Rosniza Aznie, Che Rose and Amriah, Buang (2009) Mengungkap kelestarian pertanian kecil Melayu pada zaman penjajahan British / Mohd Azlan Abdullah, Rosmiza Mohd Zainol, Rosniza Aznie Che Rose, Amriah Buang. Geografia: Malaysian Journal of Society and Space, 5 (3). pp. 76-87. ISSN 2180-2491

Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Kertas ini mengaplikasikan konsep kelestarian arus hidup Buttimer(2001) yang menuntut pertautan objektif integriti ekologi, pertumbuhan ekonomi, dan vitaliti sosial kepada pengalaman hidup petani Melayu semasa penjajahan British (1874-1948). Dapatan penelitian menunjukkan bahawa kapitalisme penjajah British telah mengherotkan arus hidup petani peribumi: mereka dijadikan petani kecil saradiri berbanding dengan peladang komersil berskala besar penjajah. Perendahan secara sengaja status petani Melayu ini mewajarkan layanan buruk berupa berbagai diskriminasi dan peminggiran seperti termaktub dalam dasar tanah pertanian, dasar bantuan kewangan, dan dasar pembangunan dan P&P penjajah. Namun, dalam segala kepincangan dan kedaifan ini petani kecil Melayu telah membuktikan kelestarian mereka. Sebagai pesawah dan pekebun kelapa mereka berjaya membekalkan makanan kepada seluruh penduduk bukan tani Malaya. Sebagai pekebun kecil getah pula mereka telah membuktikan keampuhan mereka bersaing dengan peladang-peladang besar anak emas penjajah. Bagaimanapun, segmen akhir zaman pentadbiran penjajah British telah menyaksikan layanan yang lebih mesra petani Melayu. Generasi kedua pentadbir penjajah yang lebih berideologi sosialis telah bertungkus lumus mengetat dan memantapkan lagi Enekmen Tanah Resab Melayu yang justru itu menjamin asas geopolitik bagi kelestarian pertanian kecil Melayu.
Metadata
Sumber Maklumat: | UKM Journal Article Repository |
---|---|
Taksonomi: | Ekonomi Melayu > Kegiatan Ekonomi Ekonomi Melayu > Pembangunan Ekonomi Melayu Ekonomi Melayu > Sejarah Perkembangan |
Bidang: | Ekonomi Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 27 Oct 2016 03:05 |
Kata Kunci: | Melayu, arushidup, integriti ekologi, kapitalisme penjajah, kelestarian pertanian kecil, pertumbuhan ekonomi, vitaliti sosial |