Mat Noor, Noor Ain and Mohd Rus, Ahmad Kamal Ariffin (2014) Identiti Kemelayuan dalam pentadbiran Kedah, 1923-1941 / Noor Ain Mat Noor dan Ahmad Kamal Ariffin Mohd Rus. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, 41 (1). pp. 1-26. ISSN 2180-0251

Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Kertas kerja ini akan meninjau identiti kemelayuan yang diterapkan dalam pentadbiran Kedah dalam tempoh selepas Perjanjian 1923 ditandatangani di antara Kedah dan British. Antara perkara utama yang ditonjolkan dalam perjanjian ini berkisar mengenai penggunaan bahasa Melayu dan tulisan Jawi sebagai bahasa dan tulisan rasmi di samping beberapa lagi perkara yang menyentuh secara langsung berkenaan dengan pentadbiran di Kedah. Perjanjian 1923 sebenarnya diiringi oleh beberapa syarat yang dikemukakan oleh Tunku Ibrahim (Pemangku Raja Kedah) kepada British di mana kesemua syarat ini berkisar mengenai kedudukan orang Melayu dalam pentadbiran. Dengan meneliti setiap aspek perjanjian dan syarat-syarat tersebut, beberapa persoalan cuba dibangkitkan. Pertama; adakah bahasa Melayu dan Jawi terus digunakan dalam pentadbiran Kedah dalam tempoh selepas Perjanjian 1923 ditandatangani? Kedua, adakah syarat-syarat Tunku Ibrahim yang mahu mengutamakan orang Melayu dalam soal pengisian jawatan dilaksanakan dalam pentadbiran Kedah atau pun tidak? Secara keseluruhan, Perjanjian 1923 sebenarnya tidaklah memberi kesan yang negatif dari aspek penguasaan orang Melayu khasnya dalam pentadbiran. Orang Melayu dilihat masih lagi berjaya mengekalkan identiti kemelayuan melalui penggunaan bahasa Melayu dan Jawi dalam urusan surat- menyurat, catatan-catatan rasmi dan dokumen rasmi. Dalam masa yang sama, identiti kemelayuan negeri Kedah terus diperkukuhkan melalui penguasaan orang Melayu dalam pentadbiran di peringkat pusat dan daerah
Metadata
Sumber Maklumat: | Portal MyRep |
---|---|
Taksonomi: | Adat dan Budaya Melayu > Nilai-nilai Sosial |
Bidang: | Adat dan Budaya Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 27 Oct 2016 03:15 |
Kata Kunci: | Identiti, Melayu, Pentadbiran, Kedah |