Ismail, Saharia (2015) Pembangunan insan dalam falsafah pendidikan kebangsaan / Saharia Hj. Ismail. Journal of Human Capital Development, 8 (2). pp. 83-99. ISSN 1985-7012
Ismail, Saharia (2015) Pembangunan insan dalam falsafah pendidikan kebangsaan / Saharia Hj. Ismail. Journal of Human Capital Development, 8 (2). pp. 83-99. ISSN 1985-7012
Ismail, Saharia (2015) Pembangunan insan dalam falsafah pendidikan kebangsaan / Saharia Hj. Ismail. Journal of Human Capital Development, 8 (2). pp. 83-99. ISSN 1985-7012
Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Pendidikan ialah satu sistem dalam sesebuah kehidupan yang mengandungi aktiviti-aktiviti berkaitan dengan pembentukan dan perkembangan ilmu, kemahiran, kerohanian dan jasmani manusia. Secara umumnya, pendidikan itu hanyalah bentuk-bentuk latihan bagi membentuk diri individu, masyarakat dan negara sesuai dengan realiti dan cabaran semasa. Walau bagaimanapun, pendidikan dalam Islam bukan semata-mata memberi tunjuk ajar kepada masyarakat tetapi meliputi satu proses yang luas. Pendidikan dalam Islam merangkumi segala aspek kehidupan duniawi maupun ukhrawi. Dalam mendidik manusia, Islam mengambil kira hakikat kejadian manusia yang terdiri daripada jasmani, akal dan jiwa, tanpa mengabaikan sebarang bahagian. Dengan itu, Islam mendidik manusia secara menyeluruh - meliputi semua aspek kehidupannya sama ada jasmani, akal dan jiwa atau kehidupan yang bersifat maddi (material) dan maknawi (spiritual). Di Malaysia, matlamat dan hasrat pendidikan itu dapat dilihat dalam pembentukan sebuah falsafah pendidikan. Falsafah Pendidikan Negara (FPN) yang digubal pada tahun 1987 dan dibuat semakan pada tahun 1996 serta telah ditukar namanya kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) direncanakan untuk melahirkan warganegara yang mempunyai sahsiah yang baik, seimbang dan sepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan kepada Tuhan. Bukan sekadar FPK malah Falsafah Pendidikan Islam (FPI) juga telah menyokong matlamat FPK dengan menyatakan bahawa dasar kepada pendidikan itu adalah bersumberkan kepada al-Quran dan alSunnah. Berdasarkan falsafah ini, maka kurikulum yang direka adalah selaras dengan maksud FPK dan FPI iaitu untuk membentuk, membangun dan mengembangkan potensi individu ke arah pembangunan insan yang seimbang dan harmonis berlandaskan al-Quran dan al- Sunnah.
Metadata
Sumber Maklumat: | MyJurnal - Malaysian Citation Centre |
---|---|
Taksonomi: | Pendidikan Melayu > Falsafah Pendidikan |
Bidang: | Pendidikan Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 27 Oct 2016 02:57 |
Kata Kunci: | pembangunan insan, falsafah pendidikan kebangsaan, pendidikan Islam |
Download
Filename: resized_cover-jhcd.png