Shin, Chong (2015) Dialek Melayu di Lembah Sungai Krian: variasi Melayu Saribas atau Rejang? / Shin Chong. Jurnal Bahasa, 15 (1). pp. 63-77. ISSN 1511-9084

Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Di Sungai Krian (Sarawak), dialek Melayu merupakan lingua franca utama. Dialek ini dituturkan oleh suku Melayu di sepanjang sungai ini dan merupakan bahasa interaksi etnik utama di pekan Saratok. Setakat ini, hanya sedikit penelitian berkaitan dengannya dan tiada penelitian yang komprehensif, khususnya klasifikasi terhadap dialek ini. Jadi status dialek ini dan hubungannya dengan dialek Melayu di sekitarnya (dialek Melayu Saribas dan Rejang) belum dapat dipastikan lagi. Kajian ini menggunakan tiga ciri fonologi umum yang wujud dalam dialek Melayu Saribas dan Rejang, iaitu perubahan yang berlaku terhadap bunyi /-a/, /-ɣ/ dan /-l/ untuk menguji kedudukan dialek Melayu di Sungai Krian. Hasil kajian mendapati bahawa dialek Melayu tersebut merupakan variasi Melayu Saribas dengan memperlihatkan penjelmaan /-a/ kepada [-ɔ], /-l/ kepada [-a] atau [-y], dan /-ɣ/ kepada [-ə]. Hal ini berlainan daripada fonologi dialek Melayu Rejang yang mengalami pengekalan bunyi: /-a/ sebagai [-a] dan /-l/ sebagai [-l].
Metadata
Sumber Maklumat: | Portal MyJurnal |
---|---|
Taksonomi: | Warisan Melayu > Bahasa > Dialek |
Bidang: | Warisan Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 27 Oct 2016 02:56 |
Kata Kunci: | Malay dialects, Krian River, Saribas, Rajang, phonology |