Jyh, Wee Sew (2013) Ke arah penilaian, perkembangan dan pemupukan bahasa Melayu supranasional / Jyh Wee Sew. Kajian Malaysia (Journal of Malaysian Studies), 31 (2). pp. 87-104. ISSN 2180-4273
Jyh, Wee Sew (2013) Ke arah penilaian, perkembangan dan pemupukan bahasa Melayu supranasional / Jyh Wee Sew. Kajian Malaysia (Journal of Malaysian Studies), 31 (2). pp. 87-104. ISSN 2180-4273
Jyh, Wee Sew (2013) Ke arah penilaian, perkembangan dan pemupukan bahasa Melayu supranasional / Jyh Wee Sew. Kajian Malaysia (Journal of Malaysian Studies), 31 (2). pp. 87-104. ISSN 2180-4273
Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Bahasa Melayu memerlukan rombakan struktural pada tahap penilaian, pentadbiran dan pendidikan informal sebagai langkah dalam pemeliharaan bahasa dan budaya Melayu untuk menjadi bahasa asing yang mantap. Artikel ini membincangkan beberapa syor utama sebagai agenda bahasa baru. Pertama, bahasa Melayu asing yang bertauliah dalam pasaran antarabangsa memerlukan satu sistem penilaian yang selaras seperti Test of English as Foreign Language (TOEFL) atau International English Language Testing System (IELTS). Kedua, program bahasa Melayu asing akan berswadaya menerusi langkah pemupukan yang teratur. Lantaran itu, pakar bahasa Melayu mempunyai peranan penting sebagai duta pendidikan bahasa asing di persidangan antarabangsa. Pada masa sekarang tiada badan penggerak yang terlibat dalam urusan penajaan pakar bahasa untuk menyalurkan maklumat akademik yang menjurus ke arah pendidikan bahasa Melayu sebagai bahasa asing. Contohnya, di negara Jepun terdapat Yayasan Jepun yang memberikan sokongan padu dalam perkembangan dan pemantapan pendidikan bahasa dan budaya Jepun. Ketiga, sumbangan komuniti penutur asal berkemampuan mewujudkan momentum positif dalam program bahasa Melayu asing di pasaran antarabangsa. Komuniti tempatan menjadi alternatif terbaik bagi melengkapi pedagogi bahasa yang berpusatkan pengajar. Kaedah dalam pendidikan bahasa asing yang berpusatkan guru bahasa telah dikenal pasti sebagai faktor utama di sebalik kelemahan pemerolehan bahasa Melayu asing dalam kajian mutakhir. Faktor akademik seperti penilaian bahasa Melayu sebagai bahasa asing, peranan ahli profesional sebagai "mubaligh bahasa Melayu" dan peluang berbahasa secara optimum bersama komuniti Melayu tempatan dapat menghasilkan suatu program bahasa Melayu asing yang ampuh. Justeru, sebuah jentera penggerak seperti Yayasan Bahasa Melayu akan membawa pengaruh besar dalam pengurusan pendidikan bahasa Melayu sebagai bahasa asing, baik dari segi penilaian, mahupun dalam penyebaran dan pengayaan. Seterusnya, Yayasan Bahasa Melayu akan memberikan fasa baru dalam penyebaran bahasa Melayu sebagai lingua franca serantau seperti dahulu kala di rantau Asia Tenggara.
Metadata
Sumber Maklumat: | Portal MyJurnal |
---|---|
Taksonomi: | Warisan Melayu > Bahasa |
Bidang: | Islam dan Keintelektualan Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 27 Oct 2016 02:26 |
Kata Kunci: | Bahasa, Melayu, Supranasional |