Saari, Haslindawati (2016) Hubungan luar kesultanan Melayu Kedah menerusi surat raja-raja, 1882-1911 / Haslindawati Saari. In: Seminar Institusi Raja dalam Manuskrip Melayu (SIRaj 4), 29 September 2016, Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia.
Saari, Haslindawati (2016) Hubungan luar kesultanan Melayu Kedah menerusi surat raja-raja, 1882-1911 / Haslindawati Saari. In: Seminar Institusi Raja dalam Manuskrip Melayu (SIRaj 4), 29 September 2016, Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia.
Saari, Haslindawati (2016) Hubungan luar kesultanan Melayu Kedah menerusi surat raja-raja, 1882-1911 / Haslindawati Saari. In: Seminar Institusi Raja dalam Manuskrip Melayu (SIRaj 4), 29 September 2016, Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia.
Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Koleksi Surat Raja-Raja (SRR) ini merupakan dokumen kerajaan negeri Kedah yang baru ditemui dan ditranskripsi oleh Arkib Negara Malaysia Cawangan Kedah/ Perlis. SRR, sebagaimana juga koleksi Surat Menyurat Sultan Abdul Hamid (SMSAH), merupakan dokumen mengenai Kesultanan Melayu Kedah yang berada di bawah dua kuasa asing iaitu Siam dan kemudiannya, British. Berdasarkan penelitian terhadap 1083 pucuk surat yang terkandung dalam koleksi ini, pelbagai isu dan konflik yang melanda Kedah untuk tempoh 1882 hingga 1911 dikenalpasti dan dianalisis. Namun di sebalik isu dan konflik ini, koleksi SRR ini mendedahkan kegigihan sultan dan para pembesar negeri menyusun atur pentadbiran negeri dan mewujudkan kompromi dengan pihak Siam dan British agar kedudukan mereka terus kukuh dan juga dapat mengekalkan negeri Kedah sebagai negeri Melayu yang berdaulat. Selain hubungan dengan pihak Siam dan British, Kesultanan Melayu Kedah melalui Sultan Abdul Hamid dan kaum kerabat baginda turut menjalinkan hubungan akrab dengan kerajaan Perak, Perlis, Setul serta beberapa wilayah Siam seperti Singgora, Yala, Raman dan Patani. Hubungan luar Kedah disulami dengan aktiviti pelayaran dan lawatan yang kerap dilakukan oleh pemerintah Kedah ketika itu. Di sebalik bertujuan mengeratkan hubungan dan menjamin keamanan negeri, siri lawatan ini juga dapat memberi idea-idea baru kepada pemerintah Kedah untuk pembangunan negeri. Keadaan inilah yang diperlukan oleh Sultan Abdul Hamid dan pembesar Kedah yang lain agar kedaulatan Kedah terus terpelihara dan negeri Kedah terus membangun mengikut acuan tempatan. Meskipun tidak semua hal dilaporkan atau terkandung dalam koleksi SRR, dapatan kajian ini mendapati SRR merupakan dokumen tempatan yang dapat memberi keseimbangan atau maklumat-maklumat baru yang tidak terkandung dalam laporan-laporan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak British.
Metadata
Sumber Maklumat: | Kertas kerja ini dibentangkan dalam Seminar Institusi Raja (Siraj IV) Hubungan Luar Kesultanan Melayu pada 29 September 2016 di Perpustakaan Negara, Kuala Lumpur, anjuran Pusat Kajian Institusi Raja Malaysia (PKIRM), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dengan kerjasama Perpustakaan Negara Malaysia. |
---|---|
Taksonomi: | Kesultanan dan Pemerintahan > Institusi Kesultanan > Sejarah |
Bidang: | Kesultanan dan Pemerintahan |
Tarikh Muatnaik: | 19 Oct 2016 07:17 |
Kata Kunci: | Surat Raja-Raja, Surat Menyurat Sultan Abdul Hamid, hubungan luar Kedah, kedaulatan negeri Kedah, pentadbiran negeri Kedah. |
Download
Filename: K_HASLINDAWATI SAARI IPSAH 16.pdf