Abdul Rani, Mohd Khairul Azahari and Mohd Adnan, Hamedi (2014) Kesan perubahan dasar kerajaan terhadap industri percetakan orang Melayu / Mohd Khairul Azahari Abdul Rani dan Hamedi Mohd Adnan. Jurnal e-Bangi: Journal of Social Sciences and Humanities, 9 (2). pp. 63-73. ISSN 1823-884x

Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Kajian ini membincang tentang perubahan dasar kerajaan dan kesan yang diterima oleh pengusaha-pengusaha percetakan Melayu. Penekanan kajian ini tertumpu kepada arahan-arahan perbendaharaan dan pekeliling-pekeliling kerajaan yang berkaitan dengan industri percetakan. Selain itu kajian ini merangkumi tentang perubahan dasar kerajaan, pengkorporatan dan penswastaan agensi kerajaan yang pada peringkat awal dasar ini digubal ianya mewujudkan satu bentuk persefahaman di antara agensi kerajaan yang terlibat dengan para pengusaha percetakan orang Melayu. Setelah beberapa lama pengkorporatan dan penswastaan ini berlaku terdapat kepincangan atau pelanggaran syarat telah berlaku antara agensi-agensi tersebut dengan pengusaha percetakan orang Melayu di mana hak dan pendapatan mereka telah dirampas. Keadaan ini menyebabkan pendapatan dan ekonomi syarikat percetakan milikan orang Melayu terjejas. Pengkorporatan dan penswastaan agensi kerajaan yang dilihat menjadi tren atau amalan pemerintahan negara pada tahun 1980an juga merupakan faktor kejatuhan industri percetakan orang Melayu. Pengkorporatan dan penswastaan ini berlaku selaras dengan pengenalan Dasar Pensyarikatan dan Dasar Penswastaan yang diperkenalkan kerajaan untuk menjadikan agensiagensi yang dahulunya berada di bawah naungan kerajaan dapat bersaing dan lebih maju.
Metadata
Sumber Maklumat: | Portal MyJurnal |
---|---|
Taksonomi: | Ekonomi Melayu > Dasar Ekonomi |
Bidang: | Islam dan Keintelektualan Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 27 Oct 2016 02:15 |
Kata Kunci: | Percetakan, Dasar kerajaan, Melayu, Ekonomi |