Long, Juriah and Mahbar, Zaini (2012) Kedwibahasaan dalam sistem pendidikan dan kaitannya dengan jati diri kebangsaan / Juriah Long. Jurnal Linguistik, 16. pp. 1-23. ISSN 1823-9242
Long, Juriah and Mahbar, Zaini (2012) Kedwibahasaan dalam sistem pendidikan dan kaitannya dengan jati diri kebangsaan / Juriah Long. Jurnal Linguistik, 16. pp. 1-23. ISSN 1823-9242
Long, Juriah and Mahbar, Zaini (2012) Kedwibahasaan dalam sistem pendidikan dan kaitannya dengan jati diri kebangsaan / Juriah Long. Jurnal Linguistik, 16. pp. 1-23. ISSN 1823-9242
Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Kedwibahasaan bermaksud keupayaan individu memahami dan menggunakan dua bahasa. Kedwibahasaan dikategorikan mengikut kecekapan berbahasa serta organisasi kognitif penutur dwibahasa. Para sarjana berpendapat kedwibahasaan mempunyai kaitan dengan jati diri, kecerdasan dan pencapaian akademik murid. Di Malaysia Akta Pendidikan 1996 memperakui bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa pengantar utama di sekolah, bahasa Inggeris adalah bahasa kedua dan mata pelajaran wajib. Tegasnya, sistem pendidikan di Malaysia berhasrat untuk menghasilkan lulusan dwibahasa yang mempunyai jati diri kebangsaan. Pada akhir abad ke-20, Malaysia dihadapi pelbagai cabaran termasuklah hasrat menjadikan Malaysia negara maju pada tahun 2020. Kementerian Pelajaran Malaysia memperakui Sistem Pendidikan Kebangsaan berupaya melengkapkan murid dengan pelbagai ilmu dan kemahiran bagi pembangunan negara serta memupuk semangat perpaduan kaum dan jati diri kebangsaan. Makalah ini melapor dan membincangkan dapatan kajian tentang ciri kedwibahasaan murid Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) dalam pembelajaran Sains dan Matematik serta pembentukan jati diri murid tersebut. Kajian menggunakan kaedah kuantitatif. Sampel kajian terdiri daripada 1683 orang murid Tingkatan 4 dan 844 orang guru di Zon Tengah Semenanjung Malaysia. Dapatan kajian menunjukkan lebih separuh daripada murid-murid Tingkatan 4 selesa menggunakan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dalam proses pembelajaran Sains dan Matematik. Aktiviti pembelajaran dan kokurikulum di SMK berjaya membentuk jati diri kebangsaan khususnya menghormati bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan agama Islam sebagai agama rasmi. Kedua-dua aktiviti ini juga dapat meningkatkan semangat perpaduan antara murid daripada pelbagai kaum dan agama. Namun murid Tingkatan 4 di SMK yang dikaji didapati kurang bersemangat untuk mengikuti latihan mempertahankan negara melalui Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).
Metadata
Sumber Maklumat: | MyJurnal - Malaysian Citation Centre |
---|---|
Taksonomi: | Pendidikan Melayu > Sejarah Pendidikan Melayu |
Bidang: | Pendidikan Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 27 Oct 2016 02:03 |
Kata Kunci: | Kedwibahasaan, Sistem Pendidikan Kebangsaan, jati diri |
Download
Filename: resized_Cover_2.png