Abdul Hamid, Ungku Abdul Aziz (1987) Jejak-jejak di pantai zaman / Ungku A. Aziz Ungku Abdul Hamid. Penerbit Universiti Malaya, Kuala Lumpur. ISBN 9789679940206
Abdul Hamid, Ungku Abdul Aziz (1987) Jejak-jejak di pantai zaman / Ungku A. Aziz Ungku Abdul Hamid. Penerbit Universiti Malaya, Kuala Lumpur. ISBN 9789679940206
Abdul Hamid, Ungku Abdul Aziz (1987) Jejak-jejak di pantai zaman / Ungku A. Aziz Ungku Abdul Hamid. Penerbit Universiti Malaya, Kuala Lumpur. ISBN 9789679940206
Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Kemiskinan menjadi masalah perdana di Malaysia pada masa ini. Di dalam buku ini Profesor DiRaja Ungku A. Aziz, seorang tokoh ekonomi, yang telah menumpukan perhatiannya kepada masalah kemiskinan desa selama lebih dua puluh tahun menghuraikan pendapat Pendeta Za'ba tentang kemiskinan orang Melayu yang ditulis lima puluh tahun dahulu. Sambil memberi latar belakang tentang rancangan-rancangan ekonomi yang Za'ba telah menulis sekali sahaja di dalam riwayatnya, Profesor DiRaja A. Aziz juga menyambung jejak-jejak Za'ba di pantai zaman sehingga di zaman sekarang di mana pembasmian kemiskinan telah ditentukan sebagai satu dari dua strategi penting di dalam rancangan ekonomi Malaysia yang kedua (1971-75) Pembaca tentu tahu siapakah dia orang Melayu, pegawai pengintip British yang telah memeras otak Za'ba sehingga beliau menulis sepucuk surat ratapan jiwa yang terakhir. perkara ini telah dibongkar pada pertama kalinya oleh Profesor DiRaja A. Aziz Sungguhpun Profesor DiRaja A. Aziz begitu sibuk dengan urusan Universiti, tugas-tugas antarabangsa serta penyelidikan tentang kemiskinan dessa, beliau telah berjaya melapangkan masa untuk memberi penghormatan sewajarnya kepada sahabat lamanya Za'ba, bukan sahaja sebagai tokoh cerdik pandai Melayu dan sasterawan yang ulung akan tetapi juga sebagai tokoh pemikir ekonomi yang awal di antara anak bangsa Melayu. Yang demikian kesimpulannya ialah Za'ba pasti meninggalkan jejak-jejak di pantai zaman..
Metadata
Sumber Maklumat: | UMK Social Online Public Access Catalog |
---|---|
Taksonomi: | Ekonomi Melayu > Pemikiran Ekonomi Melayu Ekonomi Melayu > Sejarah Perkembangan |
Bidang: | Ekonomi Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 27 Oct 2016 01:59 |
Kata Kunci: | Kemiskinan, Pemikir ekonomi |
Download
Filename: B_UNGKU AZIZ 87.pdf