Mohd Zain, Mohd Faidz and Hamil, Jamaie and Mohd Yaakob, Mohd Rizal and Abd Razak, Mohamad Rodzi (2011) Pengaruh nasionalisme Melayu mewarnai budaya politik Melayu dalam UMNO / Mohd Faidz Mohd Zain dan Jamaie Hamil dan Mohd Rizal Mohd Yaakob dan Mohamad Rodzi Abd Razak. Jurnal Melayu, 7. pp. 193-216. ISSN 1675-7513

Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Artikel ini bertujuan meneliti aliran ideologi nasionalisme Melayu dalam budaya politik sejak tahun 1920-an sehingga tercetusnya krisis dalam UMNO pada tahun 1987. Fokus penelitian tertumpu kepada tiga tahap utama. Tahap pertama meneliti kemunculan nasionalisme Melayu sebelum tahun 1946 yang dipelopori oleh Ibrahim Yaakob, Ahmad Boestaman dan Dr. Burhanuddin Al-Helmi sehingga penubuhan United Malay National Organization (UMNO) yang dipelopori oleh Dato’Onn Jaafar. Tahap kedua memberi tumpuan kepada perkembangan dalam UMNO khususnya usaha menentang Malayan Union dan perjuangan menuntut kemerdekaan. Tahap ketiga pula membincangkan konflik yang berlaku dalam ideologi nasionalisme UMNO sehingga ia diharamkan serta implikasinya terhadap budaya politik Melayu. Sepanjang tempoh tersebut, pengaruh nasionalisme Melayu sememangnya telah mewarnai corak budaya politik Melayu. Berasaskan kepada perkembangan tersebut artikel ini merumuskan bahawa nasionalisme Melayu masih sesuai diadaptasikan dalam budaya politik Melayu khususnya dalam perjuangan UMNO.
Metadata
Sumber Maklumat: | Portal MyJurnal |
---|---|
Taksonomi: | Ketamadunan Melayu > Pemimpin Melayu |
Bidang: | Islam dan Keintelektualan Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 27 Oct 2016 01:41 |
Kata Kunci: | Nasionalisme, Melayu, UMNO, Ideologi, Dato' Onn Jaafar |