Abdillah, Kiky Kirina and Sulehan, Junaenah (2015) Kemunduran sosioekonomi dan penyisihan sosial komuniti Bumiputera di Bandaraya Kuching: kajian kes di Kampung Kudei Baru dan Kampung Sinar Budi Baru Batu Kawa / Kiky Kirina Abdillah, Junaenah Sulehan. Geografia: Malaysian Journal of Society and Space, 11 (13). pp. 131-141. ISSN 2180-2491

Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Sejauhmanakah kemunduran sosioekonomi yang berlaku dipengaruhi oleh penyisihan sosial? Teori Involusi Urban dan Teori Budaya Kemiskinan menawarkan asas teritis bagi membincangkan perubahan dalam masyarakat akibat perbandaran dan hubungkaitnya dengan masalah kemunduran dalam masyarakat. Pendekatan Keupayaan pula merupakan instrumen analitikal bagi menganalisis realiti sosial yang menyebabkan berlaku kemunduran sosioekonomi dalam kalangan komuniti kajian. Kajian ini cuba menjawab persoalan sejauhmanakah kemunduran sosioekonomi yang berlaku dipengaruhi oleh penyisihan sosial dalam kalangan komuniti Bumiputera di Bandaraya Kuching. Seramai 75 orang ketua isi rumah daripada 251 buah rumah dari Kampung Kudei Baru dan Kampung Sinar Budi Baru Batu Kawa ditemuselidik dan mereka ini. Hasil kajian mendapati faktor dalaman, luaran dan penyertaan secara terpaksa sebagai sebab utama kemiskinan. Penyisihan sosial berlaku dalam bentuk masalah ketersampaian kepada sistem bantuan dan sokongan khusus bagi golongan berpendapatan rendah. Kesimpulannya, kajian mendapati masalah kemunduran sosioekonomi dalam kalangan komuniti Bumiputera di Bandaraya Kuching berpunca daripada pelbagai sebab dan aspek penyisihan sosial adalah salah satu daripadanya. Oleh yang demikian, penekanan terhadap aspek penyisihan sosial adalah perlu bagi meningkatkan keupayaan komuniti Bumiputera untuk terlibat secara penuh dalam proses pembangunan sekaligus mengurangkan risiko mereka tersisih daripada perubahan sosioekonomi di Bandaraya Kuching.
Metadata
Sumber Maklumat: | UKM Journal Article Repository |
---|---|
Taksonomi: | Ekonomi Melayu > Pembangunan Ekonomi Melayu |
Bidang: | Ekonomi Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 27 Oct 2016 01:36 |
Kata Kunci: | Kemunduran sosioekonomi, komuniti Bumiputera, penyisihan sosial, perbandaran, teori budaya kemiskinan, teori involusi urban |