Gerke, Solvay and Evers, Hans-Dieter (2011) Selat Melaka: Jalur Sempit Perdagangan Dunia / Solvay Gerke, Hans-Dieter Evers. Akademika, 81 (1). pp. 5-14. ISSN 0126-5008
Gerke, Solvay and Evers, Hans-Dieter (2011) Selat Melaka: Jalur Sempit Perdagangan Dunia / Solvay Gerke, Hans-Dieter Evers. Akademika, 81 (1). pp. 5-14. ISSN 0126-5008
Gerke, Solvay and Evers, Hans-Dieter (2011) Selat Melaka: Jalur Sempit Perdagangan Dunia / Solvay Gerke, Hans-Dieter Evers. Akademika, 81 (1). pp. 5-14. ISSN 0126-5008
Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Sejarah yang sama dan jaringan ekonomi, sosial dan budaya yang semakin padat merupakan mata rantai yang menghubungkan daerah-daerah yang berbatasan di wilayah Selat Melaka. Kerana itu sudah selayaknya untuk berbicara mengenai yang disebut ‘Wilayah Selat Melaka’ yang ditandai oleh penduduk yang sukunya beragam,peningkatan urbanisasi dan potensi pertumbuhan yang sangat besar. Makalah ini tidak hanya menganalisa potensi pertumbuhan ekonomi, tetapi juga mengacu pada bahaya tersembunyi dari wilayah yang keragamannya tinggi. Sejak berabad-abad lamanya Selat Melaka menghubungkan subkontinen India dengan bahagian timur dan tenggara Asia dan juga menjambatani Eropah. Kini, kebanyakan perdagangan Eropah dengan China dan Jepun dilakukan melalui jalur Selat Melaka. Bahkan, Selat Melaka memainkan peranan strategis yang penting bagi perdagangan dunia dan pembangunan serantau. Negara-negara yang bersempadanan dengan Selat Melaka kaya dengan sumber daya alam.Walau bagaimanapun, wilayah ini juga sarat dengan masalah, misalnya kerosakan akibat tsunami, pencemaran yang berasal dari kegiatan pelayaran dan industri, masalah kemiskinan, migrasi haram antara kawasan di selat dan penipisan sumber alam dan bermacam lagi. Meskipun demikian, potensi pertumbuhan di wilayah ini luar biasa besarnya dan hanya sebahagiannya direalisasikan kini. Walaupun Wilayah ini rentan terhadap kerusuhan sosial, politik dan bencana alam, namun pada masa yang sama wilayah ini juga menyimpan peluang-peluang besar bagi perkembangan ekonomi dan sosial.
Metadata
Sumber Maklumat: | UKM Journal Article Repository |
---|---|
Taksonomi: | Ekonomi Melayu > Kegiatan Ekonomi Ekonomi Melayu > Sejarah Perkembangan |
Bidang: | Ekonomi Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 26 Oct 2016 18:10 |
Kata Kunci: | Selat Melaka, perkembangan ekonomi, pelayaran, perdagangan, kesukuan, keanekaragaman hayati, perompakan |