Abdul Manaf, Azima and Lyndon, Novel and Selvadurai, Sivapalan and Hussain, Mohd Yusof and Ramli, Zaimah and Md Sum, Sarmila and Saad, Suhana and Jaafar, Mokhtar and Mat Jali, Mohd Fuad (2015) Faktor penghalang pembangunan tanah rizab Melayu / Azima Abdul Manaf et al. Geografia: Malaysian Journal of Society and Space, 11 (8). pp. 100-109. ISSN 2180-2491

Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Pelbagai faktor boleh berinteraksi dalam menyukarkan pembangunan tanah termasuk tanah rizab. Penggubalan Enakmen Tanah Rizab Melayu (TRM) oleh penjajah Inggeris bertujuan menjaga kepentingan pegangan serta pemilikan tanah orang Melayu. Bagaimanapun, dalam arus perkembangan semasa pembangunan negara, Tanah Rizab Melayu kini berhadapan dengan pelbagai masalah yang menghalangnya untuk dibangunkan. Kajian ini merupakan kajian analisis kandungan yang melibatkan bahan-bahan yang diperoleh daripada sumber teks sekunder dan dapatan kajian terdahulu. Penekanan diberikan kepada pendekatan institusi ekonomi yang menjadi kerangka teoritikal bagi menjelaskan secara holistik faktor-faktor yang menghalang tanah rizab Melayu dibangunkan. Analisis mendapati terdapat empat faktor yang menghalang pembangunan tanah rizab Melayu: undang-undang pemilikan terhad bagi tanah rizab Melayu, faktor ramai pemilik tanah rizab Melayu, faktor sikap dan kongkongan pemikiran ortodok dan ketidakmampuan pemilik tanah untuk mengusahakannya. Analisis juga mendapati wujudnya lompang interaksi antara ejen yang terlibat dalam pembangunan tanah rizab Melayu.
Metadata
Sumber Maklumat: | UKM Journal Article Repository |
---|---|
Taksonomi: | Ekonomi Melayu > Pembangunan Ekonomi Melayu |
Bidang: | Ekonomi Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 26 Oct 2016 16:43 |
Kata Kunci: | Dasar tanah penjajah, institusi ekonomi, interaksi sosial, peraturan formal, peraturan informal, tanah rizab Melayu |