Surat, Mastor (2012) Identiti senibina kebangsaan melalui pendekatan senibina warisan alam melayu / Ar. Mastor Surat. In: Bengkel Garis Panduan Identiti Seni Bina Kebangsaan, 18-19 Disember 2012, The Royal Bintang Hotel.
Surat, Mastor (2012) Identiti senibina kebangsaan melalui pendekatan senibina warisan alam melayu / Ar. Mastor Surat. In: Bengkel Garis Panduan Identiti Seni Bina Kebangsaan, 18-19 Disember 2012, The Royal Bintang Hotel.
Surat, Mastor (2012) Identiti senibina kebangsaan melalui pendekatan senibina warisan alam melayu / Ar. Mastor Surat. In: Bengkel Garis Panduan Identiti Seni Bina Kebangsaan, 18-19 Disember 2012, The Royal Bintang Hotel.
Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Permasalahan dalam penafsiran identiti senibina tempatan merupakan perkara yang masih kabur walaupun ianya telah lama diwacanakan. Pencarian kepada gagasan identiti senibina tersebut berlaku hampir kepada semua negara yang baru merdeka setelah penjajah memporakperandakan bentuk pembangunan di negara berkenaan termasuklah Malaysia. Sebelum zaman penjajahan Barat, orang Melayu telah berjaya membangunkan senibina yang cukup bitara. Setiap daerah mempunyai gaya, perwatakan dan peranan senibina tersendiri yang menjadi identiti kepada kedaerahan tersebut sehinggakan masyarakat pendatang termasuk penjajah Inggeris diperingkat awal telah membangunkan senibina mengikuti rentak perwatakan senibina dimana binaan tersebut dibangunkan. Kecelaruan senibina di negara kita sebenarnya adalah rentetan dari kecelaruan dalam pendekatan senibina di Eropah yang telah dibawa oleh penjajah Inggeris semenjak di akhir kurun ke 12 hingga diawal kurun ke 20. Dalam tempoh tersebut, banyak negara-negara yang baru merdeka daripada penjajahan Roman telah cuba untuk mengembalikan identiti senibina mereka melalui pendekatan Neo-Classicism, Gothic Revivalism dan Roman Revivalism. Gerakan Modernism telah membantu masyarakat Eropah dalam membangunkan gagasan senibina di tempat mereka sehingga terbawa-bawa ke daerah tanah jajahan mereka termasuklah di negara kita yang turut menggunakan pendekatan yang sama. Gagasan identiti senibina tempatan telah mula diwacanakan di Malaysia sebaik sahaja bebas dari cengkaman penjajahan. Pendekatan yang paling mudah dan umum diketika itu ialah dengan mengembalikan semula gaya dan perwatakan senibina Rumah Warisan Melayu atau gabungan dari pelbagai perwatakan senibina dari Timur Tengah, Timur Jauh, Asia Tengah atau India Utara. Walaupun telah pelbagai percubaan yang telah dilakukan, namun sehingga kini kita masih mencari-cari jawapannya kerana tiada siapa yang sanggup tampil untuk memberikan susunan (schema) jawapannya. Untuk itu, dalam usaha pencarian ke arah gagasan senibina identiti tempatan, pemerhatian dan pencerakinan dasar pemikiran senibina warisan Alam Melayu boleh dijadikan sebagai pilihan dan diharap dapat dijadikan panduan dalam merekabentuk bangunan masakini bagi mendapatkan gaya, perwatakan dan peranannya yang dapat menzahirkan identiti senibina tempatan, disamping keselesaan hawa serta berupaya menangani pelbagai permasalahan kesan dari iklim dan persekitaran di Malaysia. Pembangunan senibina diambang abad ke 21 telah memperlihatkan kepelbagaian pendekatan yang semakin menjurus kepada gagasan senibina identiti tempatan terutama yang menggunakan pendekatan ‘hijau’ atau lestari. Selain membincangkan peristiwa tentang wacana dan pendekatan senibina yang telah dilakukan di Malaysia, tulisan ini juga bertujuan untuk membincangkan tentang peranan dasar pemikiran (principle) senibina warisan Alam Melayu dalam pencarian ke arah identiti senibina yang dihasratkan melalui pendekatan senibina masakini. Kata kunci: dasar pemikiran (principle), senibina warisan Alam Melayu, senibina identiti.
Metadata
Sumber Maklumat: | UKM Institutional Repository |
---|---|
Taksonomi: | Warisan Melayu > Kesenian Warisan Melayu > Kesenian > Senibina |
Bidang: | Warisan Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 26 Oct 2016 11:53 |
Kata Kunci: | senibina melayu , warisan alam melayu |