Surat, Mastor Ar (2013) Gagasan dan pemikiran ragamhias dalam senibina warisan Melayu : cabaran kepada pengukir Malaysia dalam pembangunan senibina beridentiti kebangsaan / Ar. Mastor Surat. In: Seminar Nuansa Seni Ukir Melayu, 18 hb. September, 2013, Dewan Semarak, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpu.

Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Senibina warisan Melayu telah berkembang dengan cara yang sihat menurut budaya kehidupan Orang Melayu serta persekitaran di mana binaan tersebut dibangunkan. Setiap unsur binaannya menyatakan amanat tertentu mengenai binaan tersebut, pemilik yang mendiami rumah tersebut serta keadaan persekitarannya di zaman ketika ia dibangunkan. Hasilkerja ukiran kayu yang disediakan oleh juru ukir juga turut membantu dalam menyampaikan amanat tersebut kepada tetamu atau pemerhati kepada bangunan tersebut. Senibina warisan Melayu berkeadaan begitu bitara kerana telah dibangunkan melalui tempoh perjalanan masa yang begitu panjang seiring dengan tempoh peradaban Orang Melayu sendiri yang telah diisytiharkan sebagai ‘ibu segala bangsa’ dan Asia Tenggara telah diiktiraf sebagai ‘pencetus tamadun dunia’. Oleh itu dalam menghasilkan senibina dan kerja ukiran kayu, Orang Melayu tidak sepatutnya meniru penghasilan orang lain yang di luar mandala mereka dan sebaiknya meneruskan tamadun mereka dengan acuan sendiri sehingga ke tahap pencapaian tertinggi. Antara amanat yang telah disampaikan melalui hasilkerja ukiran adalah mengenai identity Orang Melayu melalui kiasan bentuk gunungan, persejarahan bangunan khususnya tarikh pembuatannya, wasiat kepemilikan rumah melalui kepingan dinding janda berhias, kerjaya pemilik rumah melalui corak ukiran, talaan rumah ke arah kiblat, keistimewaan tiang seri dan kiasan bentuk manusia dalam membahagikan perenggan rumah iaitu tiang, dinding dan bumbung. Tulisan ini juga membincangkan mengenai kegiatan kerja ukiran yang berlaku di kalangan Orang Melayu semenjak di zaman sebelum kehadiran Islam, di zaman awal kehadiran Islam, di zaman penjajahan, di peringkat awal kemerdekaan dan di peringkat pasca kemerdekaan bagi melihat peranan dan penglibatan juru ukir tempatan serta mengenal pasti punca kemerosotan penglibatan mereka dalam pembangunan senibina. Di bahagian akhir tulisan ini mencadangkan supaya para pengukir kayu tempatan sanggup keluar dari ‘kotak pemikiran’ atau ‘kepompong’ yang dianggap selesa bagi membuat anjakan pemikiran seiring dengan pelbagai pendekatan yang telah digunakan dalam pembangunan senibina khususnya yang bergagasan identity senibina kebangsaan bagi memastikan khidmat mereka terus diperlukan dalam arus pembangunan senibina tempatan.
Metadata
Sumber Maklumat: | UKM Institutional Repository |
---|---|
Taksonomi: | Warisan Melayu > Kesenian Warisan Melayu > Kesenian > Senibina |
Bidang: | Warisan Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 26 Oct 2016 11:44 |
Kata Kunci: | Senibina warisan Melayu |