Mat Resad, Izziah Suryani (1997) Aktiviti perdagangan di pelabuhan negeri-negeri Melayu sekitar abad kelapan belas dan kesembilan belas Masihi / Izziah Suryani Mat Resad @ Arshad. Masters thesis, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Kajian ini bertujuan meninjau perkembangan aktiviti perdagangan yang berlangsung di pelabuhan negeri- negeri Melayu di Semenanjung Tanah Melayu sekitar abad kelapan belas dan kesembilan belas Masihi. Ia juga bertujuan untuk membuktikan bahawa masyarakat Melayu telah mencapai satu tamadun yang membanggakan terutamanya dalam bidang ekonomi yang berkaitan dengan perdagangan lama sebelum kedatangan penjajah yang begitu rakus mahu menguasai kekayaan di rantau ini. Metodologi kajian yang digunakan ialah penyelidikan perpustakaan. Kebanyakan data dianalisa daripada sumber-sumber utama berupa surat-surat dan laporan-laporan sezaman peristiwa berlaku. Tumpuan kajian dihadkan kepada pelabuhan-pelabuhan yang muncul sebagai pusat perdangangan antarabangsa dan berada di bawah kekuasaan sultan-sultan Melayu Islam seperti di Johor-Riau, Kedah, Terengganu, Kelantan, Pahang dan Selangor. Di antara aspek-aspek yang diteliti di dalam kajian ini ialah pertama, pertumbuhan dan perkembangan serta kemerosotan pelabuhan negeri-negeri Melayu sebagai pusat perdangangan antarabangsa dalam era Imprealisme yang melanda kepulauan Melayu. Kedua, kemajuan dan tamadun yang dicapai oleh orang-orang Melayu dalam bidang ekonomi khususnya yang berkaitan dengan perdagangan sehingga mereka masib mampu menguasai perdagangan di Semenanjung Tanah Melayu sehinggalah dijajah sepenuhnya oleh lnggeris pada awal abad kedua puluh Masihi.
Metadata
Sumber Maklumat: | UKM Learning and Research Repository, Call Number: HE559.M3I994 1997 |
---|---|
Taksonomi: | Ekonomi Melayu > Kegiatan Ekonomi Ekonomi Melayu > Pembangunan Ekonomi Melayu |
Bidang: | Ekonomi Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 26 Oct 2016 11:11 |
Kata Kunci: | Negeri Melayu, ekonomi Melayu |